BAB 3

Romance Completed 6049

“Ana…”

Ana Delailah yang sedang leka menikmati angin pantai yang bertiup nyaman memalingkan kepala ke arah suara yang memanggil namanya. Dia tersenyum lebar tatkala melihat seorang lelaki kacak mendekatinya.

“Awak dah lama tunggu saya disini?” soal lelaki kacak itu.

“Tak lah,” jawab Ana tersimpul malu.

“Maaf sebab saya lambat sikit hari ni,”

“No worries.. saya pun lambat juga…”

“Lambat? Saya rasa awak datang sini lebih awal dari saya.”

“Haha, taklah. Sebenarnya saya datang lambat ke kuliah…”

Lelaki tampan itu kemudiannya menjemput Ana Delailah untuk duduk di satu kerusi panjang. Ana melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut. Lelaki itu duduk tegak, jelas menampakkan ketampanannya. Ana memandang dengan mulut ternganga dan mata tak berkelip-kelip.

“Awak tahu maksud Persona Designata?” soal lelaki itu.

“Tak. Kenapa awak tanya?”

“Eh takkan tak tahu, kata belajar law. Mesti la tahu Persona Designata tu apa,” kata lelaki kacak itu dengan senyuman menawannya. “Tapi tak mengapa, saya pun baru tahu maksudnya. Persona Designata tu adalah orang yang dilantik untuk menduduki suatu jawatan atau tempat,”

“Oh I see…” balas Ana ringkas. Lelaki kacak itu bangun dan kemudiannya melutut menghadap Ana Delailah . Di tangan kanan lelaki kacak itu sebentuk cincin emas bertahta batu biru.

Ana Delailah tergamam seraya memaling mukanya malu. Telapak tangannya digenggam rapat sambil matanya dipejam. Sungguh hatinya penuh debar.

“Saya rasa hati awak masih tiada penghuninya. Jadi, sudikah awak terima saya untuk jadi Persona Designata di hati awak? Saya percaya Tuhan memilih saya untuk awak, dan awak untuk saya” soalan keramat dari lelaki kacak itu.

Lama juga Ana Delailah menahan rasa malunya. Disebabkan lelaki itu sangat kacak, maka Ana Delailah bingkas bangun dan menjerit , “Saya terima awak di hati saya, Kim Soo Hyun hyung!” sambil kedua-dua tangannya diangkat ke langit seperti bersorak Hoorey!

Ana membuka kelopak matanya perlahan-lahan. Bermula dengan kelopak mata sebelah kanan dan diikuti sebelah kiri.

Alamak! Semua mata memandang ke arahnya.

‘Aku masih dalam kelas ke?’ bisik hati Ana menyangka mimpi siang harinya itu adalah kenyataan.

“Ana Delailah !” Hael Daniey mula menyinga, “keluar dari kelas saya…”

“Maafkan saya encik Hael . Saya tak sengaja.”

“Tak sengaja awak kata. Ini dah banyak kali saya lihat awak selalu tidur masa saya mengajar.”

“Saya tak tidur, saya dengar apa yang encik Hael cakap..” Ana menjawab cuba berdalih. Sebenarnya dia memang dengar apa yang diajarkan namun dalam keadaan separa sedar.

“Baiklah. Cuba ulang balik apa yang saya terangkan tadi,” arah Hael Daniey ringkas.

“Hah!” Ana Delailah hanya mampu menggelengkan kepala dia beanr-benar lost.

“Berdiri di tepi tu, jangan lari dari pandangan saya sehiggalah tamat kelas!” tegas Hael Daniey kepada Ana. Ana tiada pilihan melainkan terpaksa akur dengan arahan Hael .

Jiwanya memberontak. Jika disuruh rakannya yang lain untuk ulang kembali apa yang diajar Hael Asraf, belum tentu mereka mampu ingat. Sudah banyak kali dia didenda sebegitu oleh Hael . Ada bibit benci pada Hael. Geram betul dia.

Tamat kuliah yang diberikan oleh Hael Asraf, semua pelajar dalam kelasnya bergerak keluar ke destinasi masing-masing. Ana Delailah juga kembali ke tempat duduknya untuk mencapai beg. Dia mahu segera berambus dari situ.

“Awak… awak nak ke mana?” soal Hael Asraf. Ana hanya menunjukkan telunjuknya ke pintu dewan kuliah sebagai tanda untuk keluar pulang. Jari telunjuk kanan Hael memanggil Ana Delailah .

Mahu tak mahu, Ana kena juga berhadapan dengan Hael Asraf.

“Siapa Kim Soo Hyun?”

“Hah?!” Ana terkejut dengan soalan Hael . Dia hanya mampu tersengih sambil menggaru kepala yang tak gatal.

“Siapa dia?” sekali lagi Hael tanya, “teman lelaki awak?”

Ana menafikannya. Dia sebenarnya malu untuk beritahu yang dia bermimpi lagi dengan selebriti Korea Selatan. Cukup satu kampus sering membahannya sebagai minah kaki KPop.

Biasalah, fenomena terkini. Jikalau dulu, dia meminati pelakon lelaki Jepun seperti Takashi Sorimachi, Takuya Kimura, Hideaki Takizawa, Shun Oguri dan ramai lagi actor dari negara matahari terbit itu yang menjadi teman tidur malamnya sebagai poster melekat di dinding bilik tidurnya. Ada seketika wajah actor Malaysia seperti Josiah Hogan dan Redza Minhat menjadi wallpapaer telefon bimbitnya.

Hael Daniey mengizinkan Ana untuk keluar setelah dia selesai mengemas meja mengajarnya.

“Terima kasih encik Hael , huh!” Ana Delailah melemparkan senyuman sinis dan memalingkan kepalanya dari Hael Daniey dan terus beredar tanpa mahu menoleh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience