BAB 1

Romance Completed 6049

Selepas menempuh malam –malam sendiri selama berulit rindu dan rasa cinta penuh berahi, akhirnya hari yang ditunggu sudahpun tiba, hari di mana penyatuan dua jiwa yang sudah terpisah beribu batu berpurnama lamanya akan menjadi dekat dan satu. Sudah pasti ia lebih bermakna buat Ana Delilah. Sudah tiada lagi rindu yang tak tertuntas, Sudah tiada panggilan video pengubat kerinduan kerana sang kekasih di depaan mata.

Malam itu langit bermandikan hujan meteor, seakan bunga api menyambut hari istimewa mereka berdua. Angin malam beserta bunyi ombak menderu menambahkan mood romantis hari bersejarah buat mereka. Tinggal beberapa minit dan detik sahaja, mereka akan diraikan sebagai pasangan dua mempelai.

Bermandikan cahaya bulan dan bintang, satu pelaminan serba putih dihiasi lampu kelip warna emas malap bersama hiasan bunga mawar putih dan pink lembut menghiasi pelamin mini namun tesergam indah persisi singgahsana diraja. Haruman mawar dan bunga Lily menusuk segenap ruang menyuntik romantisma setiap tetamu yang datang.

Hamparan permaidami rona champagne juga melatari lantai mosek. Dari acara raptai petang tadi, semuanya sudah diatur serba sempurna. Saat kakinya melintasi permaidani, lagu ‘Marry You’ nyanyian kumpulan Super Junior versi Piano akan melatari setiap langkahnya yang akan disusuli dengan taburan rose putih yang ditaburi oleh flower girl dan boy yang akan mengiringinya sehinggalah dia disambut oleh kekasih hatinya yang akan bergelar suami sebentar lagi.

Ana Delailah masih bersiap di biliknya. Gejolak gelisah di jiwanya sudah tidak terkata. Meskipun sudah selesai upacara akad nikah dan lelaki idamannya itu kini sah bergelar suaminya, namun dia masih tak dapat mengawal gelora di jiwanya barangkali dia sendiri tidak percaya perjalan cinta mereka akhirnya ke jinjang pelamin.

Dia dihimpit dengan keresahan , takut kalau-kalau ada berlaku sesuatu yang tak diingini semasa dia berjalan menuju ke pentas utama.

Tok! Tok! Tok!

Dari dalam dia mendengar pintu biliknya diketuk dari luar. Jantungnya berdegup kencang. Di hadapannya sedang berdiri seorang lelaki segak bergaya dengan sut tuksedo kelabunya. Berkettinggian 1.78cm. Lelaki itu cuba meminta izin untuk bertemu dengannya. Ana mengizinkan. Mereka kini sedang duduk berdampingan di katil. Saling berpandangan namun masih bisu kata.

“Ana,” lelaki itu bersuara memandangnya dengan pandangan tajam yang bisa mencairkan hatinya..

Ana hanya menunduk malu.

“I’ve got something special for you,” ujar lelaki idaman itu. Punyalah hatinya gembira tiada terkata mengetahui lelaki idamannya menyediakan hadiah istimewa untuknya. Hatinya kuat menyatakan bahawa lelaki idaman itu adalah hadiah yang paling istimewa buatnya.

Yelah, gila kau tak suka. Mana ada gadis Malaysia waima dari negara mana sekalpun yang tak suka jika selebriti Korea Selatan menjadi suaminya. Pendek kata ramai yang memasang impian untuk bernikah dengan lelaki dari Korea ataupun dengan selebriti korea! Cukup pakej dari segi fizikal, tinggi lampai, senyuman menawan dan romantis tentu saja buat hati tertawan tahap ovari pecah!

“Lee Joo Gi ,” panggil Ana kepada lelaki itu. “Boleh saya buka kotak ni?”

Lelaki itu hanya tersenyum mengiyakan permintaan Ana. Tanpa melengahkan masa, Ana terus meleraikan ikatan riben hitam yang melingkari kotak hadiah itu rona kelabu itu.

Lelaki itu kemudian menahan Ana dari membuka kotak hadiah.

“Saya nak keluar sekejap,”

“Eh awak tahu cakap melayu? Sejak bila pula?” soal Ana kehairanan.

“Saya belajar sebab awak,” ujar lelaki idamannya memberi maksud yang dia sudah bersusahh payah belajar bahasa Melayu semata-mata untuk memudahkan komunikasi antara mereka. Ana. Lelaki itu kemudian beredar meninggalkan bilik Ana. Ana memerhatikan setiap gerak dan langkahan lelaki idamannya itu dengan iringan senyuman.

Sebaik tiba di daun pintu, sempat lagi lelaki itu menoleh ke belakang dan mengenyit matanya ke arah Ana. Ana malu-malu kucing apatahlagi melihat senyuman berlesung pipit terukir di raut wajah lelaki idamannya, Lee Joo Gi .

‘Yabedabedu bertuahnya nasib aku heheheh,’ bisik hatinya girang.

Kotak hadiah dibuka secara perlahan-lahan. Hatinya berdebar menanti apa yang terdapat dalam kotak hadiah tersebut. Emas, berlian atau rantai? Mungkin juga gelang emas Pandora dengan charm terbaru yang diidamkannya sejak sekian lama.

‘Jam penggera,’terlopong mulut Ana Delailah melihat hadiah yang diterimanya. Dia membelek-belek jam penggera itu, entah kenapa dia seperti pernah dia lihat. Jarumnya sudah berdetik dan menunjukkan waktu yang tepat. Barangkali suaminya sudah tetapkan waktu yang betul.

Tapi tiba-tiba jantungnya kini berdegup kencang. Jiwanya bagai tak tentu arah. Dia cuba bergerak tetapi badannya seperti kaku dengan sendirinya. Dia cuba menjerit meminta tolong, namun lidahnya kelu seribu bahasa.

Dia segera merenung jauh di luar jendela. Lelaki idamannya sudah menunggu di pelamin sambil melambai-lambai ke arah Ana Delailah . Ana juga melambainya kembali dengan wajah cemas.

Diperhatikannya sekali lagi jam penggera itu dan dia melihat waktu di jam sudah menunjukkan jam 9 tepat.

‘’Apakah ia bermaksud ia sekali lagi…”?’’ bisik hati Ana.

Kring!!!

“Tidak!!!” jerit Ana sambil kedua-dua tangganya memegang kepalanya tanda tidak percaya. Hatinya meraung dengan esak tangis yang tidak berlagu.

‘’Not again!!!’’ Teriaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience