BAB 5

Romance Completed 6049

‘’Mana awak pergi semalam, kenappa semalam kenapa tak balik rumah?” muka Hael kemerahan menahan marah. Ana Delailah hanya menunduk takut. “Kalau awak tak dapat nak balik semalam, lain kali mesej lah saya dulu! Ini tak, buat saya tercari-carikan awak. Zamans sekarang ni tak payah pakai surat untuk tunggu berhari-hari kita nak tahu khabar orang tu.”

Ana cuma diam membissu.

“Nak buat lagi?” soal Hael cuba meredakan amarah yang terpendam. Ana menggeleng dan kepalanya masih tunduk ke bumi. “Sudah , awak boleh masuk kelas dulu. But remember this is not over.”

Ana meninggalkan Hael Daniey di bilik pensyarah. Mukanya masam kerana dimarahi suaminya. Saban waktu ada saja yan tak kena pada dirinya di mata suaminya. Oh ya, Hael Daniey adalah suami kepada Ana Delailah . Seorang tutor dan mungkin akan bergelar pensyarah sedikit masa lagi.

Pemuda yang geliga pemikirannya merupakan bekas mahasiswa cemerlang di universiti ini. Kalau Ana peminat fanatik drama korea, Hael pula peminat hardcore filem klasik Melayu terutama jika era 50-an dan 60-an. Baginya itu adalah era kegemilangan filem melayu klasik dan dia sememnganya obsess.

Apa yang menariknya hari ini, hari ini ulangtahun perkahwinan mereka yang pertama. Apakan daya, ia bukan permulaan yang baik untuk mereka. Bad day!. Awal-awal pagi dah kena sembur, haih!

“Ana!” sergah Nonet dari belakang. Ana pada waktu ini sedang memilih kuih di kafeteria.

“Apa dia?” balas Ana bad mood.

“Bad mood nampak. Gaduh ek…”

“Aku pun hairan lah. Semenjak dua menjak ni, dia asyik nak marah aku jer. Dia datang bulan agaknya.”

“Eh dah salah kau jugak,” spontan sahaja Nonet jawab. Kedua-duanya bergerak duduk di meja kosong. Ana mengeluh panjang.

“Kau tau tak orang tua-tua kata tak elok menongkat dagu atau mengeluh depan rezeki,” sapa seorang lelaki yang duduk di meja bersebelahan mereka. Ana seperti mengenali lelaki itu.

“Saya yang langgar awak hari tu. Masih ingat saya?”

Memori tentang dia berlari mendapatkan bas, kembali diingatinya. Ana hanya tersenyum.

“Saya Minho ,” perkenalan itu terus disahut Nonet . Nonet memperkenalkan dirinya. “Cik adik yang ni siapa namanya?” soal Minho merujuk kepada Ana.

“Cik adik yang mana?” Nonet sengaja memerli Ana. Ana terus mencubit lengan Nonet . Mengikut perjanjian lisan sebagai kawan karib, status Ana yang sudah berkahwin mesti dirahsiakan completely!

“Saya Ana. Ana Delailah ,” jawab Ana bersama senyuman.

“Sebenarnya saya exchange student dari korea…” belum sempat Minho menghabiskan kata-katanya, mata Ana dan Nonet saling bertentangan. Terkejut juga seorang pelajar exchange student berbahasa Melayu.

“Annaseyeong,” Ana cuba menuturkan dalam bahasa Korea. Minho tersenyum gembira menghargai Ana yang cuba menggunakan bahasa ibundanya.

Sejak dari hari itu, Ana, Nonet dan Minho sering bersapa. Mula-mula sekadar sapa kemudian sering berjumpa. Sebenarnya Minho boleh cakap bahasa Melayu kerana dia belajar di Indonesia sebelum mengikuti program pertukaran pelajar di Malaysia.

Bagi Ana, peluang bergaul dengan lelaki Korea adalah satu peluang yang datang sekali seumur hidup. Dia takkan lepaskan peluang ini, apatahlagi jika dengan Minho dia boleh belajar bahasa Korea. Semakin hari, semakin banyak masa diluangkan bersama dengan Minho .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience