BAB 4

Romance Completed 6049

“Hoiii!”

“Apa yang kau Hoy Hoy kan aku? Kicap Tamin tu pun ada nama tau, dahlah nama sama dengan crush kau Taemin! Kau yang kawan aku ni boleh pulak panggil aku Hoi Hoi?

“Janganlah majuk, ala bucuk-bucuk,”Ana sengaja mengacau Nonet yang sedang gigih mengulangkaji. “Runningman baru dah download?” soal Ana ringkas sambil meletakkan tangannya di bahu Nonet .

“Kau ingat aku ni pusher ke…”

“Ala, selalunya kau yang selalu download. Kalau kau dah download, so aku nak sedut lah…”

“Banyaklah kau punya sedut,”

“Ala, aku dah lama tak tengok muka Gary dan Jongkook. Bolehlah?” rengek Ana manja.

“Nah,” Nonet memberikan pendrive hello kittynya.

“Thanks sayang. Muahhh…” atu ciuman singgah ke pipi Nonet . Nonet spontan mengelap pipinya dengan tapak tangan sambil membuat mimic muka menyampah.

“Kau gtoksah buat benda songsang kat sini. Dah dapat apa yang kau nak kan. Sekarang pergi main jauh-jauh shooooo…”

“Wakarimasta!” tabik hormat Ana kepada Nonet dengan lagak gembira. Ana terus menghadap laptopnya. Selama beberapa jam dia berteleku di hadapan komputer riba menonton pelbagai drama korea belum masuk lagi proram reality kegemarannya..

“Aduh sweet tahap semut hurung gula kat dapur ni,” kata Ana merujuk kepada drama Korea yang berjudul Queen In Hyeon’s Man.

“Taklah. Bosan.” Kata Nonet ringkas.

“Eleh, aku tahu la yang kau suka layan drama petang TV3 fattah amin kau tu jer. Jangan jeles dengan drama korea yer,”

“Sekurang-kurangnya aku tak lah sampai bawak ke dalam mimpi macam orang tu,” perli Nonet . Ana hanya mencebik.

“Nonet ,” panggilan Ana hanya dibalas dengan renungan tajam Nonet . “Kau rasa ada tak lelaki Malaysia iras-iras pelakon Korea?”

“Dah mula la tu nak berangan,”

“Aku tanya je,”

“Ha! Aku rasa ada?”

“Siapa, siapa?” soal Ana penuh minat

“Encik Hael”

“Huh?!” terkejut Ana mendengar nama lelaki yang selalu menghukumnya di kelas. “Aduh jauh sungguh beza bagai langit dengan bumi,” Ana cuba nafikan raut wajah segak Hael seperti artis Korea.

“Well hello, at least dia suami kau, harap sangat yang dia dapat repair balik wayar kau yang dah putus ni. Dah macam orang gila dah aku tengok. Eh kau Tak nak balik rumah dia ke?”

“Tak nak lah aku. Kalau aku balik, siapa nak jaga makan minum kau? Paling teruk apa aku nak buat kalau kau tiba-tiba rindu aku?” seloroh Ana.

“Tak payah nak gedik sangatlah. Selama ni aku yang jaga makan minum kau tau,”

“Ish kau ni serius sangat, bergurau pun tak boleh,” cebik Ana cuba bergurau dengan Nonet .

“Abang sayang tak ambil ke?”

“Ah, malaslah…” balas Ana monyong.

“Ni mesti kau kena dengan dengan dia lagi kan?” soal Nonet tanpa mengharapkan jawapan. Bagi Ana, apa yang dah lepas biarkan sahaja berlalu. Tak mahu dia sesakkan mindanya dengan kejadian dalam kelas tadi.

“Apa kau rasa betul ke keputusan aku untuk kahwin awal?” Ana menyoal sambil Nonet menegurnya supaya soalan itu tak sepatutnya ditimbulkan. “Ooops!” respon Ana menekup mulutnya.

Terlajak perahu masih boleh diundur lagi, terlajak kata… padah binasalah jawabnya. Ana Delailah beristighfar banyak kali menyesali kata-katanya.

Berbalik kepada soalan Nonet tentang suami Ana. Kebiasaannya Ana akan pulang ke rumah sewa suaminya pada setiap hujung minggu. Dari Isnin hingga Jumaat Ana akan menjadi seperti anak dara, bebas dan adakalanya Nonet sendiri lupa yang kawannya itu sudah berumah tangga. Dan kenapa Ana tak tinggal bersama dengan suaminya? Katanya mahu fokus dengan pelajarannya yang berbaki satu semester sahaja lagi untuk dihabiskan.

“Peliklah aku dengan kau ni. Orang lain yang dah kahwin, happy je bila nak balik rumah suami. Tapi kau ni menggelupur macam cacing kepanasan,” kata Nonet kehairanan.

“Susahla…”

“Eh apa pulak yang susah?”

“Yelah, kau tahulah hujung minggu jelah hari untuk berisitirehat. Kau bayangkan, setiap kali aku balik, mesti aku tak dapat layan drama atau reality show korea. Kau nak tahu kenapa? Sebab Laki aku suka sangat tengok cerita klasik Melayu zaman P.Ramlee tu…” ujar Ana mengadu, “… masalahnya kalau layan seorang-seorang takpe, ni suruh kita teman dia tengok jugak. Aku ni dahlah sejenis tak suka filem hitam putih!”

“Wah, romantiknya,” usik Nonet . “Kenapa kau tak bertegas dengan dia. Kalau tak nak, cakap tak nak. Kau kena ada pendirian. Sudah tiba masanya yang kau fight pada hak kau.”

“Eh anak dara seorang ni. Aku ni kan isteri dia, mestilah taat pada perintah dia. Boleh pula dia nak jadi aktivis dekat sini.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience