BAB 2

Romance Completed 6049

“Eh mak kau terlajak laris!” latah Nonet sambil melompat bintang kaget mendengar jeritan Ana Delailah.

“Ish! Kau ni asal pagi saja mesti kau buat hal,” marah Ana sambil menutup penggera jam loceng miliknya.

“Dah kau melalak macam orang kena sawan, siapa yang tak terkejut. Orang pekak je yang tak terkejut okay! Kali ni pelakon korea mana pulak jadi suami kau?”

“Lee Joo Gi ,” jawab Ana malas. Dia tahu yang Nonet bukan berminat nak tahu tentang mimpinya, hanya sekadar mahu memerli sahaja.

“Dah, bangun sekarang cepat pergi mandi.”

Sambil matanya keberatan untuk celik, Ana bangkit bergerak ke bilik mandi.

Usai menyegarkan diri dengan mandi, dia bersiap-siap untuk ke kuliah di universiti. Hari ini cadangnya dia ingin menumpang Nonet untuk ke kuliah. Vespa cabuknya masih di bengkel.

Ana membuka peti ais untuk meneguk sedikit air susu sebagai menghilangkan dahaga. Puas matanya meliar mencari kelibat Nonet , namun tak jumpa.

Sekeping nota kecil terlekat di pintu peti ais.

‘Aku gerak dulu. Bye!’

Ana membaca nota kecil yang dilekatkan Nonet . Dia mengeluh panjang. Nampaknya pagi ini terpaksalah dia menaiki bas untuk ke kampus. Ada sedikit geam di hatinya mengenangkan Nonet sanggup meninggalkannya.

Selesai sarapan, Ana mengambil segala kelengkapan dan terus mengunci rumah sewa Nonet . Dia hanya menumpang sahaja.

Dia mengerling jam di tangannya, sudah menunjukkan jam 10 pagi dan dia mulai panik sekali lagi.

‘Alamak, dah lambat,’ hatinya cemas sambil dia bergegas lari menuju ke perhentian bas. Penat berlari, Ana berhenti di satu simpang jalan. Mulutnya tercungap-cungap meredakan degup jantungnya. Kakinya pula rasa bagai nak patah.

Sudah lama dia tak berlari selaju itu. Kali terakhir adalah pada sukan sekolah 11 tahun yang lalu ketika dia mengikuti acara marathon rumah sukan warna biru. Dia akur bahawa staminanya tak mengizinkan untuk dia berlari menuju ke perhentian bas, Al-maklumlah dalam sehari untuk sampai 10,000 langkah sehari pun susah asyik ddengan vespanya ke mana saja dia berada, akhirnya, Ana berjalan dengan mengendeng beg galas Nike warna merahnya.

Sambil berjalan seperti itik pulang petang, Ana cuba mengingat mimpinya pagi tadi. Dia masih membayangkan pelamin gah mewah, Kek tujuh tingkat, kelopak ros merah dan kereta kuda persis kereta kuda dalam filem Cinderella.. Yang paling penting, pengantin lelakinya adalah lelaki idamannya, Lee Joo Gi, pelakon kacak Korea yang persis vampire kacak!

‘Wah!,’ sorak hatinya ceria sambil kepalanya menyenget ke kanan dan kedua-dua telapak tangannya digenggam erat rapat ke bahu kanan. Kaki kirinya pula terangkat sedikit ke belakang. Matanya dipejam rapat menikmati khayalan mimpinya sambil mulutnya terukir senyuman gembira.

Masih lagi angau mengenangkan mimipinya tanpa sedar tubuhnya dilanggar seorang lelaki yang meluru datang dari belakang. Ana tersungkur jatuh ke tepi jalan.

“Sorry!” sahut lelaki itu meminta maaf tanpa memberhentikan lariannya.

‘Aduh, sakitnya!’ adu hatinya sambil membelek tangan dan kakinya mencari luka yang terhasil. Mujur tiada apa-apa. Ikutkan hatinya, nak sahaja dia melempar beg yang digalasnya ke arah lelaki tersebut.

Ana segera memasukkan kembali kelengkapan yang berselerak di tepi jalan ke dalam begnya. Sedang dia mengutip satu persatu kelengakapannya, bas berlalu memintasnya.

Ana Delailah cepat-cepat mengambil segala kelengkapan tanpa sempat dimasukkan ke dalam begnya. Dia berlari sekuat hati mendapatkan bas tersebut. Akhirnya dia berjaya juga masuk ke dalam bas tersebut.

Tanpa berfikir panjang dia terus duduk di tempat duduk hadapan. Sebelahnya seorang lelaki lagaknya seperti orang Korea, yang sedang mengelap peluhnya dengan tas tangan berwarna biru.

Ana memandang lelaki itu dengan senyuman perkenalan dan disambut dengan cara yang sama oleh lelaki itu.

“Ada sakit tak or kot-kot injure kat mana-mana?” tanya lelaki itu.

“Hah?” balas Ana ingin tahu kenapa soalan yang ditanyakan kepadanya.

“Saya minta maaf langgar awak tadi,” jelas lelaki itu. Ana hanya senyum kelat. Jauh di lubuk hatinya penuh dendam kesumat terhadap lelaki itu. Ana menarik nafas sedalamnya, melepaskan segala lelahnya berlari.

Setibanya di kampus, Ana bergegas berlari ke bilik kuliah. Dia sebenarnya dah terlewat setengah jam. Perlahan-lahan dia memulas tombol bilik kuliah, melihat dari celahan pintu keadaan di dalam.

“Hah! Baru sampai… eloklah tu kuliah dah nak habis baru sampaii!” sergah Hael Asraf, tutor Subjek Kehakiman dan Kepeguaman. Ana hanya mampu tersengih dan segera duduk di belakang. Pipinya merah menahan malu.

Dia mendengar setiap syarahan Hael Daniey sambil memangku kepalanya di meja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience