BAB 9

Romance Completed 6049

Pemandangan yang cukup indah di tasik ini. Keindahan ciptaan Tuhan terserlah. Ramai manusia yang membuang segala kekusutan yang bersarang disini. Bersenam, jogging, berkayak dan termenung.

“Pandai awak pilih tempat untuk bersenam yer,” Hael bersuara. Ana hanya membalas dengan senyuman. “Lepas ni kita nak lepak mana pulak?” soal Hael .

Ana hanya mengangkat bahu tak tahu.

Hael dan Ana duduk di satu pondok rehat. Hanya mereka berdua sahaja yang duduk disitu.

Hael melihat gelagat dan ragam pengunjung tasik itu. Matanya terhibur melihat itik yang berenang di tasik secara berpasangan. Alangkah bahagianya jika dia dan Ana Delailah seperti itu.

Ana pula termenung jauh, fokus pandangannya tidak tentu arah. Fikirannya senak memikirkan ayat terbaik untuk melafazkan permintaan itu kepada suaminya. Ana menarik nafas sedalam-dalamnya. Dia dah bersedia untuk bersuara.

“Awak masih ingat waktu pertama kali kita jumpa?” suara Hael mengendurkan niat Ana.

“Bukan kita blind date dulu ke?”

“Yeke? Sebab seingat saya, awak yang syok kat saya,” Hael cuba bergurau dengan Ana.

“Perasan! Awak yang usha saya dulu dalam kelas,”

“Saya usha awak sebab awak baca anime waktu cikgu BM mengajar,”

“Eleh, tahulah kita ni tak pandai” Ana cuba tukar topik.

“Sebab tu awak kahwin dengan saya, orang pandai,” kata Hael sambil menunjuk tanda peace bersama senyuman menampakkan gigi putihnya. Ana Delailah ketawa melihat gelagat suaminya itu.

Selang beberapa ketika, mereka berdua kembali termenung. Suasana di taman itu masih ceria, namun suram bagi mereka berdua.

“Awak…” Ana Delailah pula bersuara.

“Saya masih ingat lagi yang dulu awak tak suka saya minat pelakon wanita. Ingat lagi tak?”

“Erm, ingat…”

“Dalam masa yang sama awak tergila-gilakan sangat pelakon lelaki Jepun,”

“Tu dulu, sekarang dah lain… Sekarang K-pop,” kali ini Ana pula berseloroh. Mereka berdua ketawa bersama.

“Ingat lagi apa yang awak kata?”

“Of course-lah saya ingat. Saya kan perempuan, sebanyak mana pun lelaki yang saya minat, saya hanya boleh kahwin seorang. Tapi awak lelaki, boleh kahwin lebih dari seorang…”

“Jadi masihkah awak berpegang dengan kata-kata tu?” soal Hael mengharap. Riak mukanya sugul menanti jawapan dari Ana Delailah .

“Awak…” rasa serba salah kembali menghantui Ana. “Saya… saya…saya tak tahu.”

Hael bangun merenung jauh ke mentari senja. Dia dapat rasakan hubungan suami isteri antara dia dan Ana Delailah sedang meniti hari-hari senja, walaupun hubungan mereka masih mentah umpama setahun jagung.

Mata pria itu bergenang dengan takungan airmata seakan menanti tiris.

Ana cuba sekali lagi untuk mengemukakan permintaan cerainya.

“Eh, awak. Saya nak terkucil sekejap, nanti… nanti saya datang balik,” sampuk Hael terus beredar meninggalkan Ana keseorangan disitu tanpa sempat menuturkan permintaannya.

Rasa serba salah yang menular jiwanya tidak pernah surut. Banyak kali juga dia beristighfar adakah ini yang terbaik untuknya. Ini semua salah Hael yang hanya melayannya dengan baik sebelum kahwin, selepas kahwin banyak mementingkan diri.

Ana melihat sekumpulan lelaki sedang membawa banyak belon yang diisi dengan gas nitrogen ke tepi tasik. Belon itu berwarna unggu. Warna kesukaan Ana Delailah dan sudah lama dia mengidamkan untuk memegang belon berwarna unggu. Ana mendekati kumpulan itu.

“Cantik belon ni. Boleh saya mintak satu?” Ana Delailah meminta. Kumpulan lelaki itu memberikan semua belon kepadanya. Mereka kemudiannya terus berlari. Ana hairan melihat gelagat mereka.

“Semua belon tu untuk awak,” sapa Hael dari belakang.

“Apa maksud awak?” Ana Delailah kehairanan.

Hael memegang bahu Ana Delailah , membawa badan Ana menghadap ke arahnya. Hael kemudian melutut dan mengeluarkan sebentuk cincin emas putih.

“Ana Delailah , sewaktu pertama kali saya pandang awak, hati saya bergetar teruk. Sewaktu pertama kali saya melamar awak, saya mohon dan merayu untuk jadi Persona Designata bagi hati awak, yang bisa merawat dan menjaga hati awak. Selepas Tuhan izinkan saya mengisi jawatan sebagai suami awak, satu-satunya lelaki di hati awak, saya akui yang saya…” Hael mula sebak.

Kata-katanya terhenti seketika menelan segala kesilapan yang ingin diakuinya.

Ana Delailah kaku berdiri. Rasa gemuruh tiba-tiba menjelma. Dia makin keliru dengan niat dan perasaannya.

Hael Daniey menyambung kembali kata-katanya, “ selepas kita kahwin, saya akui… saya gagal menjaga hati awak. Tindakan saya selalu menyakiti hati awak. Kata-kata saya selalu mengguris hati awak. Saya marah, perli awak… tapi awak tak pernah marah saya balik, sedangkan saya tak pernah sekali pun pujuk awak. Tanpa saya sedar, saya… saya melangkah pergi dari hati awak. Tapi sejujurnya cinta saya terhadap awak tidak pernah pudar walau sedikit…”

Belon unggu terlepas ke udara bersama kawanan burung yang terbang bebas di udara. Ana Delailah terduduk mendengar kata-kata Hael . Dia melihat setiap simetri wajah sugul bercampur sebak suaminya. Jelas terpancar nilai pengharapan yang tinggi agar dia kembali menerima Hael Daniey dalam hatinya.

“Sudikah awak terima saya kembali sebagai Persona Designata di hati awak?”

Ana Delailah menangis gembira tatkala mendengar lafaz seumpama lamaran dari suaminya. Dia kemudian memeluk erat suaminya dan membisik ke telinga Hael Asraf,

“Awak senantiasa jadi Persona Designata di hati saya.”

Hael kemudiannya membangunkan Ana Delailah dan memegang erat tangan isterinya itu. Dia kemudian membawa Ana Delailah ke satu pondok yang berdekatan dengan tasik itu.

Mata Ana Delailah terkebil melihat pondok yang dihiasi seperti dalam mimpinya dengan Lee Joo Gi . Hiasan bunga lavender yang melingkari struktur binaan pondok itu. Bahkan ramai kawan-kawannya berpakaian sukan serba unggu di kawasan sekitarnya. Umpama sebuah pesta di tepi tasik.

“Selamat ulangtahun kedua, sayang…” kata Hael Daniey yang masih memegang erat tangan Ana Delailah . Tiada kata yang mampu diungkap, melainkan titisan jernih air mata isterinya.

Telefon bimbit Ana berbunyi. Dia tahu yang Minho sedang menanti keputusan perhitungan antara Ana dan Hael . Serba salah dibuatnya, hendak menerima lamaran Minho , hatinya akan sakit. Hendak menolak lamaran Minho , sudah banyak benda yang dia terhutang budi dengan pemuda Korea itu.

Hael tersenyum malas.

“Keputusan di tangan awak. Saya terima apa sahaja yang awak pilih,” Hael tak mahu memaksa isterinya. Dia tahu khilafnya dan sedia dihukum. Mukanya tenang dan masih mampu tersenyum.

Ana bergerak jauh sedikit dari Hael untuk menjawab panggilan dari Minho . Hael Daniey memandang dari jauh, dengan rasa kecamuk di hati. Matanya pedih dan kepalanya berat selepas seharian menangis. Dia pasrah walaupun hatinya seperti dicarik-carik.

Nonet yang turut berada di situ, melangkah menghampiri Hael Asraf. Dia juga tak menyangka kawannya akan diuji sebegini rupa.

Ana Delailah selesai menjawab panggilan. Dia menghampiri suaminya dan Nonet . Tiada sebarang riak di wajahnya. Ana mengeluh panjang.

“Sebelum awak kata apa-apa, saya ada something yang saya nak cakap dekat awak…” Hael mencelah. Hakikatnya dia tak mampu dengar keputusan Ana Delailah . Bimbang Ana tidak memilihnya.

“Rasanya elok saya luahkan segala yang terbuku dahulu untuk awak. Saya pasti dia ada lebih iistimewa untuk diberikan pada awak…” kata Hael merujuk kepada Minho .

“Saya Hael Asraf, suami dan lelaki pertama yang telah berjaya masuk ke dalam hati awak, ingin mengakui bahawa …” Hael cuba bendung sebaknya dengan geram,

“… Apa yang terjadi adalah kesilapan kita, . Sya nak awak tahu bahawa saya tak akan lepaskan awak, awak isteri saya dan sudah pasti saya harus fight untuk pertahankan rumahtangga kita.”

Ana Delailah mengesat airmatanya yang bergenang deras. Dia amat menghargai luahan hati suaminya itu. Nonet memberikan tisu kepada Ana Asyikin.

“Kau pilih siapa?” soal Nonet simpati.

“Perlukah aku pilih orang lain, jika Tuhan tetapkan dia, pilih dia untuk jadi penemanku sepanjang hayatku?’’ jawab Ana.

Nonet terus mendakap kawan karibnya, Ana Delailah . Ana tahu yang dia hanya mengikut emosi dan dia juga tahu bahawa Nonet telah mengadu segala-gala tentangnya kepada Hael Asraf.

Hael menangis gembira tatkala mendengar kata—kata Ana Delailah . Hatinya yang remuk bagai sudah bercantum seperti sediakala.. Dia segera mendapatkan isterinya itu sambil berulangkali meminta maaf. Dia berjanji, atas nama sebagai seorang suami, dia akan melayan Ana Delailah penuh kasih, hormat, percaya dan mencintainya seperti mencintai diri sendiri.

Semua yang berlaku menjadi sejarah hidup mereka, apa yang baik disimpan dan buruk dijadikan teladan . Sudah begitu resam dan lumrah hidup berumah tangga pasti ada pasang dan surutnya. Apa yang pasti Ana Delailah dan Hael Daniey telah menyemat janji untuk cuba hidup bahagia hidup bahagia dalam pelayaran bahtera mengecapi sakinah dan mawaddah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience