BAB 6

Romance Completed 6049

Pertemuan dengan jejaka tampan Korea, Minho itu bukan sahaja membuka lapisan kegembiraan pada Ana bahkan Ana Delailah sudah tak bermimpi lagi. Pemuda yang tampak seperti selebriti Korea dari sudut gaya rambutnya, walaupun paras wajahnya tajam seperti Cha Seung Won namun dia amat senang didekati dan peramah orangnya.

Bibit pertemuan dengan ‘oppa’ itu membuatkan dia teralpa bahawa dia adalah isteri kepada Hael Asraf. Jika dulu, setiap malam Hael akan menelefonnya dan dijawab dengan baik oleh Ana. Kini, Ana seakan tidak berapa gemar bercakap dengan Hael bahkan adakalanya mesej juga tidak dibalas.

Hal ini membuatkan Hael seperti mati akal untuk mengawal tingkah laku isterinya. Hatinya gundah gulana.

“Mak, Hael dah tak tahu macam mana nak bagi Ana dengar cakap Hael ? Ana tu degil orangnya” keluh Hael kepada emaknya.

“Dah kamu pun satu, apa kurangnya. Taka da kelembutan langsung. suka sangat marahkan dia,”

“Saya marah sebab sayang…”

“Tapi kamu tak pujuk dia balik kan. Lepas marah macam tu je dibiarkan. Perempuan lain dari lelaki. Hati mereka kental. Sekali kena marah, tak dipujuk, maknanya dia ingat lelaki tu benci kat dia,” nasihat emaknya. Hael tak berapa ambil berat nasihat emaknya selama ini namun kata-kata tadi bagai membuat dia tersedar.

“Entahlah mak…” sekali lagi Hael mengeluh.

Bunyi ekzos motosikal semakin bingit kedengaran di luar rumah orang tua Hael. Abahnya mematikan enjin motosikal dan naik ke rumah.

“Assalamualaikum abah. Boleh tahan bunyi motor,” Hael mengucup tangan abahnya.

“Waalaikumussalam. Bila sampai?”

“Baru tadi…”

“Mana isteri kamu? Tak bawak sekali ke?” soal abah Hael sambil matanya meliar mencari Ana Delailah . Hael terkulat-kulat mahu menjawab.

“Kat surau tadi ramai Jemaah tak?” Hael cuba tukar topik.

“Ke situ pulak. Abah tanya mana isteri kamu?” suara abah semakin meninggi. Bekas anggota tentera dan masih menjadi tenaga pengajar kawad kaki bagi beberapa agensi keselamatan, setiap tingkah dalam keluarganya diajar dengan disiplin, menjadikan abah umpama diktator tatkala menjejak ke teratak ini. Begitulah perana abah, tidak pernah berubah.

“Errr…”

“Ada kelas tambahan kot, jadi tak dapat datang.…” emak Hael menyampuk cuba menolong anaknya itu dari mati akal, sambil membawa sedulang kuih dan air kopi. Secawan kopi dihirup abah perlahan-lahan.

“Dah berapa kali abah pesan,” abah bersuara lagi, “isteri jangan dibiarkan sendirian. Sepatutnya kita sebagai suami kena jaga kebajikan isteri. Sekali mereka rasa dibiarkan mereka sudah terbiasa dan tidak perlukan lelaki lagi. Kamu patut ingat, perempuan ini lembut tapi bila sudah capai hadnya, hati mereka akan keras dan jangan hairan jika mereka lebih kuat dari lelaki” berbisa betul nasihat yang dilemparkan oleh ayahnya ini.

Hael Daniey tak bersuara, hanya senyuman kelat sahaja dilemparkan. Lidahnya kelu apabila ditegur abahnya. Jika emaknya yang bersuara memberi nasihat, lidahnya seperti lancar menyanggah.

Pada masa yang sama, di rumah sewa Nonet , Ana Delailah baru sahaja pulang dari menonton wayang. Matanya semakin keletihan. Tatkala dia bersandar di kerusi sofa, jemari runcingnya ligat mengurut bahu yang terasa sengal-sengal bisa.

“Aiii, lewat balik hari ni. Ada kelas ke?” Nonet yang baru keluar dari bilik air segera menyapa.

“Baru balik tengok wayang tadi…”

“Wayang? Dengan Hael ?”

Ana memandang Nonet seperti serba salah. Kemudian dia menggelengkan kepala. Nalurinya seperti tidak selesa, seperti ada sahaja yang tak kena.

Nonet menghampiri Ana dan duduk bersebelahan Ana.

“Wait, wait, wait jangancakap yang kau keluar dengan budak korea tu,” kata Nonet cuba mendapatkan kepastian. Ana mengerut dahinya, sekali lagi dia serba salah. Keluh kesahnya kedengaran.

‘’Why, takkan tak bolehh? Salahkah aku keluar dengan dia?” Ana cuba menafikan rasa bersalah yang sebenarnya bersarang dalam hatinya.

“Apa?” Nonet seperti tak percaya soalan itu keluar dari mulut Ana. Nak sahaja dia katakan yang kawan karibnya itu isteri orang, apa perasaan dia jika suaminya keluar dengan wanita lain. Kan itu dosa dan derhaka namanya.

Kerana tali persahabatan, Nonet pendamkan sahaja. Nonet menyentuh tangan sahabat karibnya itu.

“Terpulang pada kau. Tapi aku cuma nak ingatkan kau, dalam hati kau ni sudah ada orang yang dilantik Tuhan untuk menjaganya,” lembut sahaja kata-kata Nonet . Ana tersenyum resah.

Sekarang dia dapat rasakan bahawa dia tersepit antara mimpi dan realiti. Sejujurnya, cintanya terhadap suaminya sangat mendalam kerana suaminya ittu adalah pemilik hatinya. Tapi layanan suaminya selepas kahwin semakin hari semakin dingin dan agresif, tiada lagi kelembutannya menyebabkan dia rasa senang dengan kehadiran Minho .

‘Astaghfirullah Al Azim Apa yang aku fikir ni?!’ bentak hatinya celaru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience