BAB 8

Romance Completed 6049

“Puas hati kau!” bentak Nonet memarahi kawan karibnya. Selama dia bersahabat dari kecil dengan Ana Delailah , tak pernah dia melihat wanita itu sebagai orang yang suka mempermainkan perasaan lelaki.

“AKu cuma minta pendapat kau saja, yang kau nak melenting kenapa?,”

Merah padam muka Nonet tatkala dia menghampiri Ana, “aku tahu lah yang aku ni taklah baik sangat. Tapi aku pernah terbaca hadis nabi dalam sunah Tirmizi yang kata sesiapa yang meminta cerai kepada suaminya tanpa sebab, maka haram baginya bau syurga.”

“Tapi aku… aku tak dapat nak tolak perasaan ni…” Ana masih keliru dengan keadaannya.

“Eiii… boleh blah dengan perasaan kau tu. Kau selfish tahu tak,” marah Nonet yang sudah muak dengan alasan Ana Delailah . “Aku tahu kau kawan aku, jadi aku minta sangat kau fikir masak-masak sebelum kau nak mintak cerai dengan suami kau. Itu saja harapan aku, itupun kalau kau masih fikir aku kawan kau,” kata Nonet terus meninggalkan Ana Delailah keseorangan di ruang tamu.

Hasrat Ana untuk mendengar nasihat dari kawan karibnya meleset apabila Nonet menghemburkan amarah ke mukanya. Sepatutnya Nonet lebih tahu bagaimana suaminya iitu melayan dirinya. Dia tak ubah seperti isteri yang tak dianggap. Hanya boneka. Salahkan dia mahu merasa kebahagiaan yang sebenar?

Minho mendatanginya minggu lalu dan mempelawanya untuk berkahwin. Minho tak memaksa, itu semua bergantung kepada Ana sama ada mahu menerima atau tidak. Ana sudah mulai terpahut sayang. Dia mahu merasa cinta yang sebenar.

Sugul sahaja raut wajahnya. Lantas Ana Delailah menelefon Minho bersama tangisan dan menjelaskan perkara yang sebenar bahawa dia sudah berkahwin. Minho menasihatinya supaya diselesaikan terlebih dahulu dengan Hael Asraf. Ana bersetuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience