BAB 7

Romance Completed 6049

Wangian lavender meresapi setiap sudut dalam kereta Myvi kuning milik Hael Asraf. Malam ini, dia sudah rancang segala-galanya untuk Ana Delailah . Harapannya Ana akan dapat lihat sisinya yang penyayang dan romantis. Hael sedar bahawa kebelakangan ini, terdapat beberapa tindakannya tidak mencerminkan dirinya sebagai seorang suami, pelindung kepada isteri.

Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain diputarkan. Sambil memandu, kotak suaranya dilantun persis suara Anuar Zain. Niatnya untuk ambil feel.

Malam ini, bintangnya tiada. Hilang dilindungi awan mendung. Jeda beberapa ketika, bumi mula dibasahi dengan tangisan awan. Hujan turun dengan lebatnya.

Wiper cuba membantu pandangan Hael semasa memandu, namun gagal ditambah dengan kepekatan malam. Lantas, Hael mengambil keputusan untuk singgah sebentar di stesen minyak. Bimbang isterinya tidur awal, Hael cuba menghubungi Ana.

Di lokasi yang berlainan, di sebuah restoran lima bintang, Minho dan Ana sedang mengambil pesanan. Telefon bimbit Ana berbunyi. Air mukanya berubah meluat. Dimatikan terus telefon bimbitnya.

“Siapa?” soal Minho .

“Just my alarm…” Ana cuba berdalih.

“Ana, kamu itu sangat nyaman dan menyenangkan sekali.Kamu tahu yang saya senang bangat dengan kamu.” Ana menahan ketawanya tatkala mendengar kata-kata pemuda Korea itu. Selalunya dia mendengar perkataan bangat hanya dalam sinetron Indonesia.

“Saya pun begitu juga Minho,” balas Ana Delailah .

Minho mengeluarkan satu kotak hitam kecil dan memberikannya kepada Ana, “this is for you.”

Rasa serba salah kembali menyelubungi jiwanya. Hatinya berat merasakan bahawa dalam kotak itu ada sebentuk cincin. Ana menolak kembali kotak itu.

“Thanks but I can’t accept this,” jawab Ana dengan rasa berat hati.

“Why not, lagi pula kamu belum buka hadiahnya, anggap sahaja ini hadiah ikhlas dari saya sebagai tanda persahabatan,” rayu Minho sambil memegang tangan Ana. Ana Delailah menarik tangannya dengan pantas. Bimbang tindakannya itu melukakan hati pemuda Korea itu, Ana terpaksa menerima hadiah itu.

Usai makan malam di restoran itu, Minho menghantar Ana Delailah pulang. Ana tampak selesa dengan kerusi empuk kereta Mercedez Benz miliknya, namun hatinya sangat tak selesa dengan layanan ‘istimewa’ persis kekasih dari Minho .

Seperti biasa jika menaiki kenderaan orang Korea, maka lagu yang diputarkan adalah lagu Korea. Setiap kali lagu dimainkan, Ana dan Minho akan menyanyi bersama mengikut rentak lagu pop Korea tersebut.

“Please wait,” pinta Minho selepas memberhentikan kenderaannya di hadapan pintu pagar rumah sewa Nonet . Minho meluru keluar dari keretanya dan segera membuka pintu untuk Ana Delailah sambil membongkok badannya menjemput Ana keluar dari kereta.

“I had a great time with you Minho, thanks for the treats ya. I Owe you,” ucap Ana berterima kasih kepada Minho .

“No biggies, It’s my pleasure. Boleh kita jumpa lagi?”

“Hah?” Ana tersimpul malu dengan soalan itu. Minho faham tindakan mendiamkan diri Ana. Kebiasaan wanita timur, diam tanda setuju.

“Sudah lewat. See you next day,” kata Minho agak keberatan untuk pulang.

“Bye for now,” Ana Delailah melambai. Hon dibunyikan dari kenderaan yang dipandu Minho menandakan dia bergerak pulang. Ana hanya mengangkat tangan. Dia kemudiannya bergerak masuk ke rumah sewa Nonet .

Pinnnnnnnnnnn!

‘Datang balik?’ hatinya menyangka bunyi hon yang panjang itu datang dari kereta Minho . Ana kembali membuka pintu rumah. “Abang!” terkejut Ana apabila melihat suaminya datang ke rumah sewa ini. Gusar juga hatinya jika suaminya tahu yang dia keluar dengan lelaki lain. Peluh merintik membasahi dahi, wajahnya pucat.

“Awak sihat?” soal Hael Daniey dengan nada lembut. Sejambak bunga mawar diserahkan kepada Ana Delailah .

“Ni untuk apa?”soal Ana tidak mengerti tindakan suaminya.

“Saya nak ajak awak keluar makan,”

“Saya dah kenyang, lagipun saya nak tidur awal. Esok pagi ada kelas kena bangun awal,” pantas Ana menjawab. Tidak terlintas di hatinya untuk menolak pelawaan suaminya, tetapi sejujurnya memang dia sudah kenyang.

Hael sedikit terkilan dengan jawapan Ana Delailah . Egonya sebagai lelaki tercalar dan peranannya sebagai suami teruji. Hael Daniey meminta izin untuk pulang dengan memberikan alasan bahawa esok pagi dia ada mesyuarat penting.

‘’Such a turn off!’’ getus hatinya.

Dalam perjalanan pulang, airmata lelakinya menitis tanpa sedar.Waktu itulah juga corong radio memutarkan lagu cinta bertemakan perpisahan bersilih ganti dimainkan di radio.

‘’Even radio pun tahu perasaan hatiku saat ini,’’ bisik hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience