BAB 9

Romance Completed 4839

“Saya mampu tanggung awak, percayalah. Rezeki Allah ada untuk kita.” Firdaus faham apa maksud si pencuri hati.

“Saya kena tanggung ibu dan adik adik saya, mereka masih sekolah” Raudah menduga lagi.

“Mereka ibu dan adik adik saya juga nanti. Kita sama sama jaga mereka ok.” Firdaus tidak mahu putus asa.

Diam.

“Jadi, awak sudi jadi isteri saya?” Firdaus memandang terus ke mata Raudah, taman hatinya.

6 bulan selepas itu.

Pintu diketuk. Raudah duduk di birai katil. Mata beralih ke daun pintu.

“Assalamualaikum sayang..dah mandi?” Wajah ceria Firdaus dari majlis akad nikah tadi nampak makin berseri.

“Dah.” Ringkas Raudah membalas.

“Kenapa tak tunggu abang?” ucap bibir manis milik si suami sambil mengambil tuala.

“Ha!” terkejut Raudah dengan ucapan itu. Bertambah terkejut, dan membahang wajah kala si suami selamba membuka baju dan hanya berkemban tuala paras lutut. Dengan senyuman yang masih tercarik di muka, Firdaus berlalu ke bilik mandi.

Usai mandi, di sisi si isteri tempat diambil. Lantas jemari Raudah dicapai.

“Terima kasih kerana sudi terima abang.” ikhlas dari hati seorang suami.

“Terima kasih juga sebab setia menunggu.” Si isteri pula membalas.

Firdaus merenung jemari mulus itu.

“Abang, banyak yang saya tidak tahu tentang abang. Selama ini , saya sibuk bercerita tentang hidup saya yang penuh duka, tanpa pernah mengerti yang hidup abang juga tidak seceria mana.” Raudah memandang dekat lelaki yang kini jadi miliknya itu. Baru kini dia tahu kedua orang tua suaminya meninggal kala usia Firdaus 10 tahun. Saudara ada, tapi tidak pernah ambil tahu.

“Tak mengapa. yang dah berlalu, biarlah berlalu.” Sepertinya Firdaus tidak mahu berkongsi cerita dukanya. Cerita tentang cita cita untuk menjadi doctor yang terpaksa dilupakan kerana pesan abahnya dulu mahu dia menjadi arkitek, agar dapat membantu perniagaan keluarga suatu hari kelak.

“Maaf kalau soalan saya membuat abang sedih, namun saya mahu berkongsi duka abang. Bukan hanya merasa sisi bahagia. Ceritalah..” Raudah memegang pipi kanan si suami, membuat wajah jernih itu memandangnya.

“ermm..mana nak mula ya..” Firdaus menggosok gosok dagu berjanggut nipis.

“tapi abang rasa..kita ada baaanyak masa untuk itu. Malam ini kita ada urusan lain.” Mata sudah melirik manja pada isteri.

Dan wajah bersih si isteri sudah kemerahan.

Semoga Raudah terus mewangi di taman hati Firdaus. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience