BAB 1

Romance Completed 4839

KRING..KRING… KRING…

Bingit bunyi deringan membuatkan dia terkejut lantas berlari mendapatkan telefon. Lewat malam begini hanya panggilan Firdaus yang ditunggu. Teman yang sering menjadi tempat mengadu masalah dan tempat meluahkan isi hati, itulah Firdaus. Biar seusia, Firdaus lebih seperti abang, sering memberi nasihat dan tunjuk ajar. Biar sebaya, Firdaus seperti lebih matang, lebih tenang dan lebih ilmu di dada.

“Assalamualaikum, ganggu ke?” Suara garau lelaki itu kedengaran di hujung talian. Tenang seperti selalu, itulah perasaan Raudah bila mendengar suara itu.

“Waalaikumsalam. Kenapa tak skype jer?. Awak sihat?” Raudah pula bertanya. Senyum nipis terukir dibibir kala melihat nama Firdaus pada skrin telefon.

“Takut awak tak selesa. So, macamana? Jadi ke pihak lelaki datang meminang awak hujung minggu ni?” Firdaus terus bertanya, tidak mahu mengambil banyak masa Raudah, kerana dia tahu di Malaysia sudah lewat malam, tidak sama dengan UK.

“Tak kot. Saya dah cakap kat ibu, tak sedia lagi. Nak kerja dulu, bagi ibu hidup senang sikit, then baru fikir kahwin.” Raudah menjawab tanpa selindung. Memang tiada yang dia selindungi dari teman rapatnya dari sekolah itu.

“Awak dah fikir habis? Dah sembahyang istikarah? Bertunang je kan, bukan kahwin terus kan. Saya dah tanya-tanya kat kekawan yang kenal abang Amir tu, rata-rata kata dia baik, keluarga pun baik” Rupanya Firdaus sudah menyelidiki lelaki yang dikatakan mahu menyunting sahabat baiknya itu.

Raudah berhak dapat lelaki terbaik, lelaki yang boleh membahagiakannya. Sudah banyak dugaan hidup ditempuhi gadis bernama Raudah Kamalia. Gadis yang tabah.

Gadis yang manis. Gadis yang sederhana penampilannya, menjaga tata susila ketimuran, cukup membuat makcik Kamariah senang hati. Tiada siapa menduga, di sebalik wajah manis itu, tersimpan seribu kenangan pahit yang pernah meruntun jiwa remajanya.

“Dah. Dah fikir habis-habis dah. Biarlah saya bagi ibu rasa duit hasil pengorbanan ibu selama ni untuk besarkan saya dan adik adik. Kalau jodoh saya dengan abang Amir tu ada, kami kahwin lah nanti. Tapi bukan sekarang” jawab Raudah tegas.

Senyap.

Di sebalik talian, hanya senyuman mekar dibibir Firdaus.

“awak, awak masih kat sana ke?” tanya Raudah, kerana hanya sepi menyelangi perbualan mereka.

“Ya. Oklah, saya tak dapat call lama ni. Nanti kita borak lagi k. Jangan lupa solat, belajar rajin rajin k. Assalamualaikum.” Firdaus mengakhiri perbualan mereka.

“waalaikumsalam. Awak pun, jangan lupa solat k!” Raudah mengirim senyuman buat sahabatnya. Dia kembali menumpukan perhatian pada assignment yang terhenti sebentar tadi.

Usai menyelesaikan assignment, Raudah membaringkan badan yang kepenatan. Memandang siling putih, namun fikiran jauh mengelamun. Kini dia berada di semester akhir. Selepas tamat SPM dulu, Firdaus terus mendapat tawaran belajar di UK.

Sementara dia pula melanjutkan pelajaran di matrikulasi tempatan. Dia tetap bersyukur. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Paling tidak dia masih dekat dengan keluarga yang juga masih memerlukannya. Sekurang kurangnya dia berpeluang menambah ilmu ke peringkat lebih tinggi.

Dalam kepayahan hidup mereka sekeluarga, Raudah bertekad untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Ayah telah dijemput Ilahi. Ibu yang hanya menoreh getah untuk menampung hidup mereka, dan keluarga yang di buang saudara kerana kemiskinan.

Semua alasan itu menguatkan azam Raudah untuk berusaha. Benci, mungkin ada sedikit terhadap saudara yang hanya memandang pada harta. Dendam, mungkin ada sekelumit terhadap mereka yang menghina ibu yang meminta pertolongan mereka dulu. Sudahnya dia tetap di sini, tanpa bantuan saudara mara, yakin bahawa Allah sentiasa bersama mereka yang sabar dan berusaha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience