BAB 4

Romance Completed 4839

Pemandangan sawah yang indah dan damai sepertinya tidak dapat memperlahankan muzik rancak dalam hati. Sedari tadi Firdaus berdiri saja tanpa sepatah kata. Sesekali Raudah cuba mencuri pandang, mencari pengertian pada sunyi yang dicipta lelaki di sebelahnya.

Dia tidak mengerti mengapa Firdaus sepi tanpa suara. Mungkin sedikit sedih kerana akan pergi meninggalkan saudara mara di Malaysia. Jarang benar dapat terbang semula ke kampung halaman jka sudah di luar negara kerana faktor jarak dan kewangan, fikir Raudah.

“Awak jangan sedih sangat. Pergi menuntut ilmu kan. Lagipun dah beberapa tahun awak kat sana. Dah habis belajar nanti, kerja dekat dekat sini je, boleh jenguk nenek dan datuk awak selalu. Buat masa sekarang, saya sekeluarga boleh tolong tolong tengok kan mereka. Lagipun,keluarga awak banyak sangat membantu kami.” bicara Raudah bagai memujuk hati lelaki yang masih tidak bersuara itu. Entah kenapa Firdaus seperti risau benar.

“Awak, awak akan tunggu saya?” akhirnya soalan itu keluar dari mulut Firdaus. Sukar benar ingin bertanyakan itu.

“Tunggu? Mestilah saya tunggu awak. Bila awak balik nanti, kita sama sama cari kerja, sama sama bina kerjaya. Kita tolong menolong macam selalu ok. Saya tetap jadi sahabat awak sampai bila bila.” penuh yakin Raudah menjawab.

“saya maksudkan….” Firdaus sukar menghabiskan kata.

Raudah memandang setia wajah penuh ketenangan itu.

“Maksud saya,…Kalau saya habis belajar nanti, saya hantar rombongan meminang awak, awak setuju tak?” Soalan Firdaus membuat Raudah tergelak. Lucu juga sahabatnya ini.

“Awak jangan bergurau macam tu lah. Kita kan janji jadi kawan selamanya.” suara Raudah antara dengar dan tidak kerana dia menekup mulut dengan tangan menahan tawa.

Firdaus mencarik senyum. Pandangan dilontarkan pada bendang yang saujana mata memandang. Tidak perlu bertanya lagi, fikirnya. Kerana Raudah sudah jelas tentang perasaannya terhadap Firdaus. Hanya sahabat selamanya.

Raudah juga tersenyum, kerana tumpang bangga pada pencapaian cemerlang temannya itu. Firdaus orang kampung itu yang pertama menjejak kaki keluar negara. Belum ada lagi anak tempatan pergi menuntut ilmu sejauh Firdaus.

“Raudah, kenapa tersenyum sorang sorang tu?” ibu menegur anak daranya yang tiba tiba tersengih. Sapaan ibu mengembalikan pusingan waktu.

“Eh! Tak ada apa apalah ibu.” Raudah kembali pada realiti. Tiada kenangan pahit bila bersama Firdaus. Doanya sering mengiringi teman baiknya itu agar dia ditemukan dengan wanita yang bisa membahagiakan lelaki sebaik Firdaus.

Ibu menggeleng gelengkan kepala, melihat Raudah yang masih tersengih tanpa dia tahu puncanya.

“Kenapa kakak tu ibu?” Azzah yang juga pelik melihat kakaknya yang tersenyum tanpa kata juga bertanya pada ibu.

“Entah lah..teringat orang jauhlah tu!” firasat seorang ibu.

Firdaus akan kembali ke Malaysia setelah tamat pengajian. Gembira hati ingin bertemu keluarga dan Raudah. Ya, Raudah. Nama yang sering meniti fikiran sejak kebelakangan ini. Sudah dua kali dia berkias kias mahu menyunting gadis itu, namun jawapan yang diterima jelas. Raudah tidak mungkin menerimanya lebih dari seorang kawan. Merasakan dia mahu melindungi gadis itu seumur hidupnya, tapi tidak bagi Raudah. Namun Firdaus bertekad, akan bertanya lagi kali ketiga dan kali terakhir. Jika jodohnya bukan dengan Raudah Kamalia, Firdaus Eusoffee redha.

Kali pertama bertanya soal hati pada teman baiknya itu, membuat Raudah tidak bercakap dengannya 2 hari. 48 jam! 2880 minit! Mahu pengsan dibuatnya bila orangnya dekat tapi terasa jauh!

“Awak suka lelaki macamana?” Raudah mengecilkan mata mendengar soalan itu dari teman baiknya.

“Hiss..soalan apa tu? Kita ni student lagi , buat apa nak fikir pasal tu.” perlahan dia membalas.

“Alah, ceritalah. Nanti mana tahu saya jumpa macam yang awak suka, saya introduce lah kat awak.” Firdaus masih mahu tahu.

“Macam awak. Baik budi pekerti, berilmu, taat pada perintahNya, terima saya dan keluarga saya seadaanya.” Raudah akhirnya menjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience