BAB 6

Romance Completed 4839

“Firdaus tamat belajar atau pulang bercuti saja kali ni?” Soalan yang diaju membawa punggung Raudah ke kerusi di hadapan ibu.

“Habis belajar dah bu.” Ringkas jawapan itu. Senyum lagi.

“Kamu berdua dah sama sama besar, dah tak sama macam dulu dulu” Kata makna dalam dari seorang ibu.

“InsyaAllah ibu.” Raudah mengerti maksud yang ingin disampaikan. Benar. Mereka kini meningkat dewasa. Zaman remaja perlahan merangkak menitipkan kenangan penuh manis buat mereka berdua.

Malam sudah beransur tua, namun kelibat teman yang ditunggu tak kunjung tiba. Makan malam juga tidak dijamah. Kerisauan menjalar dalam jiwa. Untuk bertanya pada Tok Lebai, terasa segan lah pula.

Sekejap sekejap laman dipandang. Sesekali dia bangun menjenguk dari tingkap, mencari kelibat teman baiknya itu. Namun Raudah hampa. Jam di tangan dikerling. Sudah jam 11 malam sekarang. Mungkin FIrdaus terlalu penat dan ketiduran, Raudah cuba memujuk hati. Tapi kenapa satu panggilan pun tidak masuk ke telefonnya?

Nombor Firdaus di dail lagi, entah untuk kali ke berapa. Namun panggilan itu masih berakhir di peti suara. Raudah mengetuk ngetuk kepala dengan telefon bimbitnya. Entah untuk apa? Mungkin kah Firdaus masih dalam penerbangan? Bukankah dia sepatutnya sampai ke KLIA pukul 6 pagi tadi? Jagi sewajaranya dia sudah sampai ke kampung dan sudah boleh datang menjenguk muka di rumah Raudah, seperti yang dia selalu lakukan bila pulang bercuti! Arghhh! Raudah benar benar risau sekarang. Dia mundar mandir pula di ruang tamu.

“Raudah, dah kenapa ni?” hampir saja Raudah menjerit kerana terkejut dengan sapaan ibu.

“Ibu, Raudah risau lah..” Raudah berhenti lalu duduk semula di kerusi kayu di ruang tamu.

“Risau apa nya?” ibu tidak faham. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Raudah.

“Firdaus ni Ibu, dari tadi tak dapat dihubungi.” Raudah meluahkan kerisauan di hati.

“Dia penat sangat agaknya. Ya lah berjam jam kan penerbangan dari sana tu kan..apa tah nama tempat omputih tu..” Ibu menggaru garu kepala yang tidak gatal.

“Ya lah..tapi tak kan tak boleh call sekejap cakap dah sampai kat rumah datuk dia ke? Tak sempat datang malam ni ke? Ni tidak! Langsung tak ada khabar berita. Nak tanya Tok Lebai, rasa segan lah pulak. Sekarang pun dah pukul 11 malam.” Ujar si anak sambil memandang keluar jendela.

“Ibu pun tak tahu nak cakap apa, tak tahu nak fikir apa” ibu bangun bergerak ke arah televisyen.

“Penerbangan yang dijangka sampai ke KLIA jam 6 petang waktu tempatan tidak mendarat seperti yang dijadualkan…” Suara penbaca berita tu menarik mata Raudah cepat ke arah TV. Hadlaju jantung naik memecut. Denyutan seperti tak sekata. Ya! Allah! Janganlah…

Langkah kaki seperti tidak memijak bumi. Dia perlu segera sampai. sangat perlu. Kerisauannya perlu diungkai. Mana mungkin dia duduk menunggu saja berita tentang Firdaus.

“Assalamualaikum Nek Nab, Tok Mad” salam terus diberi kala dia berdiri di hadapan rumah kampung yang cantik milik keluarga Firdaus. Seperti mahu mengetuk pintu, tetapi batas kesopanan menghalangnya dari tindak itu.

“Assalamualaikum Nek Nab. Nek Nab jaga lagi?” Salam diberi lagi. Mata melilau mencari bayang sesiapa di sebalik tingkap. Suara juga sudah dikuatkan sedikit.

Salam ketiga diberi, namun tiada kelibat sesiapa membuka pintu atau menjawab salam. Malam yang sudah merangkak tua menyejukkan tulang putih. Menggigil Raudah digigit dingin malam.

Raudah sudah bertambah risau! Kemana perginya Nek Nab dan Lebai Ahmad? Apa terjadi pada Firdaus? Berita tentang kapal terbang itu menambah kegusaran. Jannganlah…janganlah..untuk memikirkannya pun Raudah tidak mahu.janganlah apa apa terjadi pada kawan baiknya itu. Tolonglah tuhan..

Raudah balik dengan perasaan hampa. Langkah dipercepatkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience