BAB 2

Romance Completed 4839

Firdaus, tiada hubungan kekeluargaan pun, namun tidak henti menghulur bantuan. Biar bukan sentiasa berbentuk material, hati yang ikhlas menerima siapa dia seadanya, telinga yang sentiasa ada untuk mendengar keluhannya, mulut yang penuh dengan kata kata nasihat, dan mata redup penuh kejujuran.

Mata masih merenung siling putih, mengimbau kembali kenangan mengusik hati.

Raudah tidak dapat menumpukan perhatian pada butir bicara guru di depan kelas. Risau dengan berita ayah yang dimasukkan ke hospital kerana demam. Sudah 5 hari ayah demam, namun menolak pujukan ibu untuk ke hospital. Katanya demam biasa saja.

Bila gusi ayah mula berdarah, ibu berkeras bawa ayah ke klinik kesihatan. Sudahnya ayah di tahan di wad hospital, kerana suspek denggi berdarah. Musim hujan pula menyempitkan pendapatan hasil torehan getah ibu.

Esakan ibu dapat di dengar dari ruang tamu setibanya di rumah balik dari sekolah. Raudah segera melangkah ke bilik ibu. Perut yang berkeroncong tadi, terus dilupakan.

“Kenapa ibu?” tegur Raudah kala melihat ibu bersiap.

“Ayah.” pendek jawapan ibu dengan deraian air mata.

“Kenapa ayah ibu?” Raudah jadi takut, risau dan bingung.

“Bersiap sayang, adik adik sekali. Kita pergi hospital sekarang. Ayah tenat. Doktor kata pendarahan ayah sampai ke dalam otak. Ayah koma.” ayat yang keluar dari mulut ibu dicerna pantas. Air mata sudah mengalir laju. Melihat ibu menangis sudah buat hati Raudah layu, ditambah dengan berita tentang ayah.

Sesampai di hospital, keadaan ayah memang teruk. Darah keluar dari hidung dan gusi. Mata ayah terpejam rapat. Tapi ayah nampak tenang, seperti sedang lena. Ayah bernafas dengan bantuan mesin. Kata doktor, ayah perlukan itu kerana dia koma, tidak mampu mengawal pernafasan sendiri dengan baik. Raudah dan adik adik mula membaca yaasin di sisi ayah. Namun Raudah dapat menangkap butir bicara doktor pada ibu.

“Maaf, keadaan suami puan pada tahap kritikal. Apa yang kami boleh buat sekarang adalah supportive…sokongan semata. Kami masukkan darah dan komponen pembekuan darah, berharap pendarahan akan berhenti. Paling kami risau ialah pendarahan otak. Ia perlu dikeluarkan, namun sangat bahaya untuk melakukan pembedahan otak pada masa ini kerana komponen pembekuan darah dalam badan suami puan berterusan berkurangan.” Panjang lebar Doktor itu memberi penjelasan

“Jadi, macamana sekarang? Tolong selamatkan suami saya doktor, tolong doktor. Tolong…” ibu merayu dengan tangis yang panjang.

“Kami cuba puan, kami cuba.” Raudah lihat mata doktor itu berkaca. Mata doktor itu sempat mengerling adik yang berusia 7 tahun, tapi lancar membaca yaasin untuk ayah. Tangan adik memegang erat jemari kanan ayah. Ibu pula menggenggam kuat lengan kurus ayah.

Tulang empat kerat ayah sudah lama berbakti pada kami, membesarkan anak anak 3 orang tanpa bantuan sesiapa. Sesekali ibu membisikkan kata semangat, diselangi dua kalimah syaadah. Ibu seperti cuba menguatkan diri, tapi ibu tidak bisa berlakon. Terlalu jelas gundah gulana dalam diri ibu.

Tidak semena mena, ayah membukakan mata, seperti tersenyum pada anak anak dan isteri tercinta, namun menutup mata semula dan garisan denyutan jantung yang terpapar di skrin di sisi ayah menjadi lurus. Jururawat yang berada di situ terus memanggil doktor. Puan Kamariah, Raudah dan adik adik diminta menjauhkan katil ayah. Tirai ditutup dan kedengaran doktor memberi arahan.

“Start CPR. Give adrenaline. Bring defibrilator machine.”

Mereka tidak tahu apa yang berlaku di sebalik tirai itu, yang pasti denyutan jantung ayah berhenti kerana doktor sempat memberitahu mereka sebentar tadi. Kini doktor dan jururawat sedang berusaha mengembalikan degup jantung ayah. Ibu sudah terduduk, tidak henti berzikir biar air mata juga tidak henti mengalir. Adik bongsu juga sudah tidak dapat mengawal diri. Makin kuat esakan adik, makin kuat juga pelukan Raudah pada kedua dua adiknya. Tangan kanan memeluk adik adik, tangan kiri cuba mencapai bahu ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience