BAB 8

Romance Completed 4839

“Maafkan Raudah, maafkan Raudah” air mata mengalir lagi. Laju. Tak mahu berhenti.

Jantung berdegup laju, tak sekata. Dada sesak. nafas seperti susah dicari. Salam diberi kala kaki laju menaiki tangga rumah Lebai Ahmad yang terbuka pintunya.

Salam berbalas, Nek Nab tersenyum nipis, seolah paksaan.

“Jemput masuk Raudah.” Itu saja kata yang keluar dari bibir tua itu.

“Maaf Nek Nab. Mana jenazahnya?” terus saja soalan itu meluncur laju dari mulut Raudah. Dia sendiri merasa ada nada kurang sopan pada bicara itu.

“Dah dikebumikan” Ringkas saja jawapan Nek Nab. Masih bersedih.

“Maafkan saya Nek Nab. Saya tidak dapat memenuhi permintaan Firdaus..arwah..” Ucap Raudah dalamm esakan yang kuat. Tidak dapat dia menahan air mata dan tangisan. Nek Nab dipeluk ketat. Mahu berkongsi rasa. Juga mahu Nek Nab tahu dia juga merasa kehilangan lelaki sebaik Firdaus. Sangat.

“Permintaan Firdaus? Nek Nab tak faham” memang Nek Nab tidak faham apa maksud Raudah. Raudah masih tenggelam dalam tangis.

“Raudah, kenapa ni?” suara yang cukup dia kenali menerjah ke telinganya. Dia segera menoleh pada empunya suara. Mata dibesarkan. Pelukan dilepaskan. Keliru. Apa semua ni?

“Firdaus?”

“Jenazah?” Raudah terpinga pinga.

“Kapal terbang terhempas?” soalan demi soalan dari mulut Raudah membuat Nek Nab dan Lebai Ahmad semakin keliru.

Namun Firdaus dapat menangkap maksud tersirat yang ingin Raudah sampaikan.

“Itu flight lain, saya flight lain.” Dia memandang terus ke hati Raudah.

“jenazah yang kami uruskan hari ni jenazah bapa saudara saya. Beliau mengidap sakit jantung, meninggal sebaik sahaja saya sampai KL, sebab tu tak balik terus ke kampung” penjelasan yang mencerahkan segala kekeliruan.

“Awak risaukan saya?” soalan dari Firdaus membuat wajah polos Raudah menjadi merah. Panas!

Selepas mendapat izin Puan Kamariah, Firdaus dan Raudah menyusuri jalan kecil kampung. Jalan yang dulu mereka gunakan untuk berulang alik dari sekolah. Raudah menjarakkan diri sedikit, juga setapak di belakang Firdaus. Rasa yang kini agak berbeza, mungkin kerana faktor usia. Itu yang Raudah fikirkan, mungkin itu juga yang Firdaus anggarkan.

“Awak, awak ingat jalan ni?” Firdaus memecah kesunyian petang itu.

“Ingat.” Itu saja jawapan Raudah.

“Kita ulang alik ke sekolah….tempat saya bertanya tentang hati kepada awak..” ujar Firdaus sambil mencuri pandang, mencari makna pada sunyi yang tercipta.

Diam.

“Awak, di tempat yang sama ni, saya ingin bertanya lagi. Sudikah awak menjadi teman baik saya seumur hidup, isteri, serta ibu kepada anak anak saya nanti?” Firdaus tidak mahu membuang kesempatan yang ada. Dia sudah berhenti melangkah, ingin seiring.

“Sudah jauh merantau, tak kan tiada yang berkenan di hati?” Raudah cuba menduga.

“Salah awak lah…” kata kata itu membuat Raudah membulatkan mata, mengerutkan dahi. Keliru mungkin.

“Ya lah, awak dah curi hati saya dari dulu. Saya dah tiada hati lagi nak beri pada yang lain.” Firdaus menyambung sambil tersenyum panjang.

“Tapi kita tak kerja lagi.” Raudah bersuara perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience