BAB 7

Romance Completed 4839

Selepas ibu meninggalkan biliknya tadi, Raudah belum dapat memejamkan mata. Jam sudah senget ke kanan. Tadinya ibu cuba menenangkan hati anak yang sedang gundah gulana. Hati makin berdebar. Raudah menarik nafas panjang, berharap rentak jantungnya tidak terlalu pantas.

Jam dipandang lagi. Terasa lambat benar masa berlalu. Segeralah pagi menjelma, Raudah mahu ke rumah Lebai Ahmad semula. Kerisauan tak berpenghujung selagi dia tidak mengetahui keadaan Firdaus. Payah sungguh menanggung rasa ini. Ke mana perginya Lebai Ahmad dan Nek Zainab? Kenapa Firdaus tidak dapat dihubungi? Apakah semua ini ada kaitan dengan berita tentang penerbangan yang dia dengar lewat malam tadi? Jika Firdaus terlibat? Tidak sanggup rasanya kehilangan teman baiknya itu! Terasa seperti nyawa sendiri yang terbang meninggalkan jasad. Pedih, sesak, seperti sukar bernafas.

Ketukan di pintu bilik mengalih tumpuan Raudah al-Quran di depannya. Semalaman tidak dapat tidur, dia berqiamullail. Bermohon pada yang Esa agar sahabat baiknya dilindungi selalu.

“Raudah ok ke?” Suara ibu kala menjengukkan kepala. Azzah masih nyenyak tidur. Bilik yang dikongsi dua beradik itu agak sempit sebenarnya.

“Ibu tak tidur lagi?” Raudah pula bertanya. Risau jika kesihatan ibu terganggu dek kerana risaukan dia yang tengah risau.

“Ibu haus, nak ke dapur minum. Nampak lampu bilik ni tak padam lagi.” Ibu bersuara tenang.

“Raudah ok. Ibu jangan risau ya. Lepas solat hajat dan tahajud tadi, rasa lega sikit. Ibu pergi tidur ya. “ Raudah merapati ibu di pintu.

“Ermm..yalah, tapi Raudah pun tidur juga ya. Jangan fikir sangat. Kita tak pasti berita tentang kapal terbang tu, kapal terbang yang sama Firdaus naiki” Ibu seperti boleh membaca apa yang Raudah fikirkan.

Raudah hanya mengangguk. Nafas dalam. Penantian pagi seperti terlalu panjang.

Seawal jam 7 pagi, Raudah sudah berada di depan rumah Lebai Ahmad dan Nek Nab. Salam sudah diberi, namun dia hampa. Tiada tanda tanda ada sesiapa di dalam rumah.

Kak Laila, jiran Nek Nab yang kebetulan lalu di situ berhenti setelah melihat Raudah.

“Kenapa Raudah? Cari Nek Nab ke? Diorang tak ada kat rumah. Pergi Kuala Lumpur. Ada jenazah nak diuruskan beritanya.” Khabar yang dibawa Kak Laila menambah gusar dalam dada. Tak semena-mena air mata laju menuruni curam wajah. Janganlah…

Tengahari selepas solat zohor, Raudah membawa kaki ke rumah Lebai Ahmad lagi, namun mereka belum kembali dari bandar.

Selepas Asar, sekali lagi dia menjenguk rumah itu. Keaadaan masih sama. Sudah banyak kali juga telefon bimbit Firdaus dihubungi, dan setiap kali juga dia hampa. Apa lagi usaha selain terpacak di depan rumah Lebai Ahmad. Mata juga sudah bengkak kerana menangis. Pilu. Sedih. Kesal. Marah. Semua bercampur gaul dalam hati.

“Awak suka lelaki macamana?

“Kalau macam tu, saya boleh lah ya?”

“Saya serius ni”

“Kahwin, sunnah nabi tau. Mengelakkan maksiat, menambah umat, membahagiakan dan dibahagiakan”.

Kata-kata Firdaus satu masa dulu seperti mengiang-ngiang kembali.

“Awak, awak akan tunggu saya?”

“Kalau saya habis belajar nanti, saya nak hantar rombongan meminang awak…”

Sangat jelas suara Firdaus di telinganya kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience