BAB 3

Romance Completed 4839

“Maafkan kami. Encik Zabri tidak dapat diselamatkan. Maafkan kami…” ucapan itu seperti menggelapkan pandangan ibu, melemahkan lututnya, meruntuhkan segala harapan, lalu ibu terjelepok terduduk di lantai. Adik bongsu meleraikan pelukan Raudah, meluru ke arah ayah yang kini kaku bisu.

“Ayah, jangan pergi. Jangan pergi. Jangan tinggalkan kami.” Adik menggoncang goncang tubuh keras ayah. Raudah cuba memujuk adik. Raudah cuba menyokong badan ibu. Raudah cuba memeluk adik perempuannya yang masih berdiri kaku dengan esakan yang makin kuat. Hanya Raudah.

Linangan air mata megiringi tidur Raudah malam itu mengenangkan pemergian ayah dulu. Tiada masa untuk dia fikirkan tentang pinangan abang Amir. Hatinya bulat untuk membela nasib ibu dan adik adik dahulu. Masih besar tanggungjawab yang perlu dia langsaikan sebelum soal perasaan sendiri menjadi agenda perancangan hidup.

“Sabar ya Raudah. Saya tahu tidak mudah untuk awak hadapi semua ini, tapi awak kena teruskan hidup.” kata kata Firdaus didengar kosong. Firdaus antara orang pertama bersama datuk dan neneknya mengunjungi jenazah ayah. Firdaus juga sibuk ke hulu ke hilir mencari orang masjid untuk menguruskan jenazah.

Raudah hanya mendiamkan diri. Terlalu cepat semua ini berlaku. Seperti baru semalam ayah ada disisi memberi kata semangat untuknya menghadapi SPM yang sudah begitu hampir. Air mata diseka. Firdaus tak mungkin faham apa yang dia rasa.

“Allah menguji hambaNya yang mampu saja. Dia tidak akan membebankan kita dengan sesuatu diluar kemampuan kita.” suara Firdaus seperti mengiang ngiang di telinganya. perlahan, Firdaus mencapai tangan Raudah, menggenggam erat jemari itu. Yang peliknya, Raudah hanya membiarkan saja. Ini bukan Raudah. Ini bukan Firdaus!

“Firdaus..” Raudah membukakan mata. Mimpi yang sama lagi. Raudah juga tidak tahu berapa kali mimpi itu berulang tayang dalam tidurnya.

Ibu menyusun lauk di atas meja. Adik mengambil pinggan dan cawan. Azzah, adik perempuan pula sedang mencedok nasi.

“Raudah pasti tidak mahu keluarga Amir datang hujung minggu ni?” soalan itu ibu sudah tanyakan tadi siang, tapi ibu bertanya lagi.

“Ya ibu. Raudah dah solat istikharah pun. Belum terfikir nak kahwin lah ibu. Belajar pun tak habis lagi ni.”Raudah memeluk bahu ibu lembut.

“Tapi ini kali kedua Raudah tolak pinangan. Nanti takde orang berani masuk meminang tau..” bebelan ibu tidak menjadi nanah pada Raudah. Ibu yang dikasihi sangat dia hormati. Tak mungkin terbalas segala jasa ibu.

“Kalau ada jodoh, orang tak meminang, biar Raudah yang pinang ok.” ciuman nipis diberikan pada ibu tercinta. Merasakan belum waktunya untuk mendirikan rumahtangga, dan tidak mahu kepentingan ibu jatuh nombor dua jika sudah ada suami di tempat pertama.

“Raudah tunggu Firdaus Eusoffee ke?” gurauan ibu itu, Raudah sambut dengan gelak kecil.

“Kami dah janji jadi kawan selamanya Bu. Firdaus seharusnya mendapat gadis terbaik, yang mampu membahagiakan dia sepenuhnya. Raudah tak rasa Raudah mampu.” ucapan dari bibir merah itu ikhlas dan jujur. Ya, tidak mungkin dia mampu membahagiakan Firdaus jika keutamaannya adalah keluarga.

“ya lah. Jadi ke Firdaus baik Malaysia?” Puan Kamariah amat senang dengan teman rapat anak nya itu. Berbudi bahasa, taat perintahNya dan cukup juga ilmu di dada. Cucu Lebai Ahmad itu mereka kenali sedari usianya 12 tahun lagi sejak dia tinggal di kampong itu. Tidak banyak sejarah silam jejaka itu puan Kamariah ketahui, namun itu tidak menghalang persahabatan anak anak kerana firasatnya menyenangi budi pekerti Firdaus Eusoffee.

“Ermm..jadi jadi. Minggu depan InshaAllah. Dah lama betul tak jumpa, rasa tak sabar nak bertemu. Dah setahun kan ibu…” ya, satu tahun lalu Firdaus pulang bercuti. Kepulangan yang dinanti. Masih Raudah ingat perjumpaan terakhir tahun lalu sehari sebelum Firdaus berangkat semula ke UK.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience