BAB 5

Romance Completed 4839

“Kalau macam tu, saya boleh lah ya?” Firdaus mencuba nasib.

” Jangan nak mengada. Awak kawan saya selamanya. Pelik lah nak kena fikir awak lebih dari kawan…no no no!” Laju saja Raudah membalas.

“Saya serius ni.” Firdaus berdiri di hadapannya, menghalang perjalanan Raudah. Mereka sudah hampir ke rumah si gadis. Raudah terhenti kerana hampir saja melanggar si jejaka.

“Saya pun serius. Tak mungkin ok. Jangan fikir benda benda tak elok macam tu.” Raudah memandang tepat mata Firdaus. Firdaus juga begitu, menikam tajam pupil yang seperti membesar membenarkan cahaya masuk.

“Apa yang tak eloknya? Kahwin, sunnah nabi tau. Mengelakkan maksiat, menambah umat, membahagiakan dan dibahagiakan…saya tak nampak apa yang tak elok nya.” Firdaus masih berdiri di situ.

“Tak elok sebab kita masih belajar lagi. Kita budak budak lagi, tak layak berfikir benda benda orang dewasa tu! Saya tahu apa ada dalam kepala awak tu! Mentang mentang tadi subjek biologi kegemaran awak tu belajar bab reproductive system….sukalah tu!!Ada banyak tanggungjawab lain yang perlu dilunaskan sebelum kita boleh berfikir pun tentang itu.” Panjang sungguh dia di’ceramah’kan oleh Raudah. Dan sudahnya Raudah merajuk kerana merasakan dia berfikiran negatif.

Kali kedua hasrat diluahkan pada si pencuri hati setahun lepas, semasa pulang ke Malaysa untuk bercuti. Dan sekali lagi Raudah menolak jelas. Tidak mungkin hubungan mereka dinaik taraf lebih dari sahabat baik.

Firdaus Eusoffee ingin melamar lagi kali ketiga. Mungkin kali ini hati Raudah menjadi lembut. Mungkin.

Keluarga? Tidak mungkin mereka menolak pilihan hatinya itu. Dia hanya ada datuk dan nenek, yang menjaganya sejak dia berusia 12 tahun selepas kedua orang tuanya pergi menemui Ilahi.

Ibu dan bapa saudara di bandar, tidak begitu ambil tahu tentang dirinya sejak ibubapanya meninggal dunia. Dia tidak pernah bercerita tentang itu pada sesiapa termasuk Raudah.

Pernah Raudah bertanya, namun dia merasakan tidak perlu untuk berkongsi itu. Tidak perlu berkongsi cerita sedih, sudah penuh kamus hidup Raudah dengan cerita derita.

Dia ingin setiap detik bersama Raudah hanya ada cerita bahagia. Dia merasa paling gembira jika Raudah bahagia.

Dua hari lepas dia menghubung sahabat baiknya itu lagi, memberitahu khabar kepulangannya.

“Seronoknya dapat jumpa awak. Lama sungguh rasanya..” Kegembiraan jelas terdengar dari nada dan rentak suara teman nya itu.

“Harap harap kita dapat bertemu kan..” entah kenapa da menuturkan itu. Seperti sayu dan pilu. Dia ingin menyampaikan hajat di hati sebenarnya, kerna bimbang nanti tidak berkesempatan. Namun gusar juga Raudah merajuk lagi, lalu hasrat itu disimpan kemas dalam poket hati.

Seawal jam 5 pagi, Raudah sudah bangun. Bersemangat sungguh. selesai mandi dan solat, dapur pula mula berasap. Sudah menjadi rutin bila berada di rumah, Raudah akan membuat semua kerja rumah. Mahu ibu berehat secukupnya.

Mungkin juga kerana hari ini Firdaus Eusoffee akan balik dari UK! Sahabat baik sepanjang hayat itu akan sampai di KLIA awal pagi ini jam 6. Tidak sabar rasanya ingin bertemu. Walaupun selalu berhubung melalui laman social ataupun ber’video call’ , perasaannya tidak sama jika dapat bertemu secara fizikal! Tidak sama! Tidak sama, memang tidak sama. Bagaimana agaknya rupa dan personaliti teman baiknya itu sekarang? Mereka tidak menjemput di lapangan terbang, cukup sekadar menunggu kepulangan Firdaus di kampung saja. Yang pasti, malam nanti tentu Firdaus tentunya akan datang berkunjung. Memang selalunya begitu. Raudah tersenyum lagi.

“Seronoknya menggoreng karipap tu sampai tersenyum senyum. Ibu kat sini pun tak perasan.” Sapaaan Puan Kamariah sedikit mengejutkan si dara.

Raudah segera ke meja makan. Air kopi panas dituang ke cawan untuk ibu. Senyuman masih melekat di hujung bibir. Gembira. Senang hati melihat ibu sihat di depan mata juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience