BAB 9

Romance Completed 2742

Larian si kecil itu menghiburkan hatinya. Bengkang bengkok lariannya ketika itu dia dikejar oleh ayahnya Khir.

Terkenang kembali dia kepada momen di mana lelaki itu rebah ketika melamarnya dua tahun yang lepas.

Terasa sejuk menggeletar seluruh tubuhnya saat itu. Barulah dia tahu bahawa lelaki itu diserang demam denggi.

Hikmah kejadian itu adalah, dia mulai memberi ruang dan mengasihi Khir seikhlas hatinya.

Barulah dia sedar bahawa selama ini dia teramat memerlukan lelaki itu dalam seluruh kehidupannya.

Dan apabila Khir mulai pulih, tanpa berselindung dia mengakui perasaan sayangnya terhadap Khir.

Dia tidak boleh menolak Khir lagi kerana hatinya ini sudah ditawan dan dia yakin bahawa ia milik Khir seorang.

Selepas dua tahun menjadi suri hidup Khir, mereka dianugerahkan seorang puteri penyeri rumah tangga mereka.

Dia tidak lagi turun ke laut sebaliknya

dia kini giat menjalankan perusahaan keropok lekor dan produk berasaskan makanan laut berkat sokongan Khir dan keluarga mertuanya. Ziyad?

Alhamdulillah, Ziyad kini sedang buat persediaan untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di Rusia manakala adiknya Alif sedang belajar di MRSM Melaka manakala Zaitun belajar di SMA Tengganu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience