BAB 5

Romance Completed 2742

“Sukacita dimaklumkan bahawa TUANN/PUAN telah ditawarkan jawatan sebagai Pegawai perhubungan Awam. Sila lapor diri pada hari berikut…” Bagai jatuh jantungnya seakan tidak percaya dengan isi kandungan surat yang baru dibacanya sebentar tadi, Zulaikha membaca semula isi surat itu mahu memastikan bahawa nama penerima adalah dirinya.

Lama Ziyad berdiri di sisi kakaknya berkali-kali memandang wajah Zulaikha yang masih tergamam.

“Surat daripada siapa kak??”

“Akak dapat kerja, Ziyad.”

“Alhamdulillah.” Mendengar ungkapan tanda bersyukur itu, Zulaikha seakan terjaga daripada mimpinya.

Dalam hati dia mengucapkan perkataan yang sama. Isnin depan dia perlu melapor diri, ini bermakna, dia perlu berhijrah ke kota jika ingin menerima tawaran itu.

Tapi bagaimana dengan rumah peninggalan arwah emak dan ayahnya itu?

Bagaimana dengan perahu yang ditinggalkan untuknya menyambung hidup?

Bagaimana pula dengan persekolahan adik-adiknya? Serba salah dia jadinya.

“Kak Zulaikha.”

“Ayuh kita pulang dulu Ziyad.” Sekuntum senyuman manis dihulur buat adiknya dan persoalan yang masih bersarang di dalam benaknya dibiarkan. Dia perlu sedikit waaktu untuk berfikir sebaiknya.

Zulaikha terdiam sewaktu ibu Khir datang meminang dirinya. Lama dia

Membisu tanpa sebarang jawapan bukan apa, dia sedar kekurangan diri yang terlalu banyak itu, dia hanya mampu menundukkan wajahnya sahaja. Hatinya diruntun sebak.

“Zulaikha …”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience