BAB 10

Romance Completed 2742

Yang setia berada di sampingnya ketika ini adalah Azel dan Aman kerana masing-masing berada di sekolah rendah.

Alhamdulillah, dia punya sebuah keluarga yang cukup sempurna dan bahagia meski dalam kesederhanaan.

“Ibu, ayah!” Jerit Antasha sambil merangkul kaki Zulaikha.

Zulaikha ketawa kecil sambil mendukung puterinya itu yang semakinhari semakin aktif.. Khir menghampiri Zulaikha sambil memaut pinggangnya.

Hidung si kecil itu dicuit beberapa kali sebelum bibirnya singgah mengucup pipi isteri.

“Dahla tu bang, tercungap-cungap sudah anak kita ni.”

“Anak abang ni comel, dan degillah, geram abang, macam maknya juga Zulaikha. “ Zulaikha hanya tersenyum mendengar kata-kata suaminya itu.

“Sayang, terima kasih kerana akhirnya memilih abang menjadi suami sayang, Alhamdulillah doa abang didengari Allah. Abang akan jaga sayang serta zuriat-zuriat kita nanti sebaik-baiknya.” Tulus kata-kata itu dibisikkan ke telinganya.

Hanya sebuah senyuman dihadiahkan buat suami tercinta bersama rangkulan erat.

Dalam hati, tidak putus dia berdoa supaya bahagian di dunia dan akhirat sentiasa menjadi miliknya mereka selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience