BAB 4

Romance Completed 2742

Zulaikha yang masih tidak menjangka reaksi Ziyad ketika itu, tercengang di situ tetapi tidak lama.

Ziyad bangun lantas memeluk kakaknya sambil menangis teresak-esak, dia tahu benar perih jerih yang terpaksa dilalui kakaknya itu semata-mata membesarkan mereka.

“Maafkan kami kak. Kak Zulaikha dah banyak berkorban untuk Ziyad dan adik-adik. Dulu kak Zulaikha koma dua minggu, kaki patah tapi kak Zulaikha tak pernah sekalipun akak merungut. Mana ada orang perempuan nak jadi nelayan dan berniaga di pasar ikan? Tapi kak Zulaikah tak kisah akan semua itu, Ziyad tak tahu macam mana nak balas jasa kak Zulaikha. Terlalu besar pengorbanan kakak untuk kami.” Ujar Ziyad teresak.

Senyum diberikan dan bahu adiknya disentuh lembut. Memang benar, semenjak kehilangan arwah emak dan ayahnya, tidak pernah sekalipun air matanya menitis dan dia tidak akan membenarkan air matanya jatuh walaupun dia berasa hiba yang teramat ketika ini apatah lagi di hadapan adik-beradiknya.

“Janganlah menangis dik, apa yang akak buat, sudah menjadi tanggungjawab akak. Yang akak harapkan, adik-adik berjaya supaya tak perlu jadi nelayan macam akak. Akak nak semua adik-adik kakak berjaya.”

Kepulangannya tengah hari itu yang baru sahja menjejak darat disambut oleh adik-adiknya yang bagai tak sabar menanti dia di tepi pantai.

“Kak Zulaikha!” Lambaian adik-adiknya seakan meminyta Zulaikha lekas-lekas datang kepada mereka

“Kenapa ni Ziyad??”

“Ni kak, ada surat untuk kakak,” kata Ziyad sambil menyerahkan sekeping sampul kepadanya.

Sampul itu dibuka penuh debar, tertanya-tanya juga dari mana datang surat ini kerana setahunya sudah lama dia tidak memohon

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience