BAB 8

Romance Completed 2742

“Aku rindukan kau, Zulaikha.”

“Khir …”

“Mengapa sukar untuk kau berikan peluang padaku Zulaikha ?”

“Jangan menzalimi dirimu Khir, Aku tak layak untuk sesiapapun, Khir. Aku tak layak bagi peluang pada sesiapapun,” ujar Zulaikha lembut.

Sehingga kini, dia masih belum dapat memberi segala kebahagiaan kepada adik-adiknya jadi bagaimana dia mampu memberi kebahagiaan pada diri sendiri?

“Aku cintakan kau, Zulaikha. Kau tahu aku ikhlas ingin jadikan kau

sebagai isteriku dunia akhirat dan kau juga tahu aku tidak akan sesekali mengabaikan adik-adikmu. Jadi mengapa sukar untuk kau menerima ku Zulaikha?” Begitu tulus pengakuan itu kedengaran di telinganya.

Khir menghampirinya dandia semakin lama semakin dapat dilihat betapa lemahnya lelaki itu ketika ini.

Adakah Khir kurang sihat?

“Aku sayangkan kau, Zulaikha. Demi Allah dunia akhirat aku sayangkan kau. Sunggun besar harapanku agar kau sudi jadi isteriku, dunia akhirat.” Belum sempat dia menjawab, lelaki itu rebah di hujung kakinya.

Mata tertutup rapat hingga membuatkan Zulaikha panik.

Kini sudah hampir dua tahu peristiwa itu berlalu dan kini bisnes kerepek rumpai laut dan kerpok lekor yang disahakannya secara kecilan berkembang dengan maju bahkan ida juga memiliki hampir 150 ejen di serata negeri.

Semua ini berkat usahanya dan juga sokongan keluarga yang tanpa jemu memberi semangat untuknya terus mencuba dan menambah baik kualiti produknya.

“Ibu…,” suara anak kecil itu menghentikan lamunannya yang panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience