“Seperti yang makcik lihat, Zulaikha punya adik beradik yang perlu disara, Zulaikha tak mahu berpisah dengan adik-adik. Hanya adik-adik harta Zulaikha
dunia akhirat. Kalau Zulaikha mengguris perasaan makcik, Zulaikha minta maaf tapi Zulaikha cukup bimbang kalau Khir atau sesiapa sahaja tak dapat terima adik-adik Zulaikha.” Tutur Zulaikha lagi meneruskan perbualan.
“Selepas kahwin, tanggungjawab Zulaikha hanya pada suami tapi adik-adik Zulaikha ini bagaimana, makcik? Tak sanggup Zulaikha hendak membiarkan mereka terumbang-ambing. Sebab itu Zulaikha mengharapkan pertimbangan Khir atau sesiapa sahaja yang mahu jadikan Zulaikha isteri. Zulaikha mahu jaga adik-adik Zulaikha sampai mereka berjaya dalam hidup, makcik. “ itu adalah impian dan harapan saya.
“Kak janganlah rumitkan keadaan, terima saja pinangan itu, Ziyad dan adik-adik tak perlukan kak Zulaikha lagi. Kami boleh hidup tanpa kak Zulaikha. Kak Zulaikha berkahwinlah. Ziyad tahu abangKhir baik. Tak akan ada orang yang lebih baik selain abang Khir yang boleh jaga kak Zulaikha sepanjang hayat. Usahlah kak Zulaikha bimbang akan keadaan kami sebab kami dah besar. Kalau kak Zulaikha yang perempuan boleh turun ke laut, tangkap ikan untuk sara kami, kenapa Ziyad yang lelaki ini tak boleh tangkap ikan untuk teruskan hidup?” tutur Ziyad lembut tapi cukup merentap hatinya.
Bertahun lamanya airmatanya dibendung dari tumpah, namun tidak hari ini.
Sungguh dia terkesan dengan kata-kata Ziyad hingg tanpa malu dan segan dia menumpahkan airmata di hadapan Hajah Maimunah, ibu Khir.
Akhirnya keputusan sudah dibuat Tawaran sebagai pegawai perhubungan awam di sebuah firma penerbitan akan ditolak.
Mungkin itu yang terbaik buat diri dan adik-adiknya.
Dengan jumlah simpanan yang sudah melebihi tujuh ribu ringgit, dia tahu dia boleh mengusahakan sebuah perniagaan secara kecil-kecilan.
Sudah tiba masa dia perlu bangkit secara perlahan-lahan untuk membina masa depan yang lebih cemerlang untuk mereka enam bersaudara.
“Zulaikha.” Namanya diseru perlahan. Dia menoleh ke belakang dan alangkah tergamamnya dia melihat keadaan Khir yang tidak begitu terurus ketika itu.
“Apa dah jadi pada kau Khir?”
Share this novel