BAB 2

Romance Completed 2742

Azan subuh berkumandang dan dalam keheningan pagi it dia memanjatkan. memanjat doa dan rasa syukur kerana masih diberi nafas dan sebuah keluarga, dia turun ke laut untuk mencari rezeki supaya dijadikan sumber sesuap nasi buat diri dan adik-adiknya meneruskan kehidupan dalam serba-serbi kekurangan.

Demikianlah rutin hariannya hampir saban, hasil tangkapan dari laut yang tidak pernah menentu banyaknya sama sekali tidak pernah menjadi beban buat dirinya, malah dia bersyukur kerana masih berpeluang melihat senyuman di wajah adik-adiknya setiap kali dia pulang ke rumah selepas seharian berhujan dan berpanas di lautan.

“Zulaikha !”

Suara garau itu menyapa lembut telinganya. Lama benar dia tidak

mendengar suara itu menyapanya.

“Zulaikha …”

Bagai dekat benar jarak suara itu dengan telinganya sehingga membuatkan dia tergamam seketika. Baki hasil tangkapan itu sudah siap dimasukkan ke dalam

raga. Itu sahaja yang tinggal buat santapan mereka sekeluarga malam ini.

“Zulaikha, aku ada di sini wahai sayangku.”

“Pergilah kau Khir! Aku tak perlukan kau, Khir. Kau tak layak berada di dalam dunia ku yang serba sempit ini,” balasnya lembut tetapi cukup untuk jelas difahami lelaki itu bahawa dia sedar akan kedudukannya.

Sudah berjuta kali dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki yang bernama Mohd Khir Azlif itu namun seringkali sahaja cubaannya itu gagal.

Tidak dinafikan hati perempuannya itu sudah tertarik pada budi bahasa lelaki itu tetapi malang sekali, terlalu banyak yang perlu difikirkan selain kehendak hatinya hingga akhirnya dia menafikan perasaan dan menolah lelakin itu setiap kalinya dia datang kepada Zulaikha.

“Zulaikha …”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience