BAB 1

Romance Completed 2742

Setelah puas berjalan kakinya mula terasa letih melangkah, akhirnya dia duduk bertenggek sambil matanya memandang lautan membiru yang terbentang luas di hadapannya.

Deruan angin dan tioupan bayu sesekali singgah di wajahnya memberi ketenangan kepada dirinya yang adakalanya kalah pada emosi semenjak dia menjadi tempat berhaut kepada enam orang adik-beradiknya.

Dua tahu lepas, ketika ibu bapanya terkorban dalam nahas jalan raya yang juga membabitkan dirinya yang koma selama dua hari dan terpaksa bersabung nyawa, jalan raya, dia jugalah akhirnya cuba berhempas pulas bangkit berdiri kembali dalam duka yang sangat menyakitkan itu.

Ketiadaan ibu dan bapa sudah terasa berat ditambah lagi dengan saudara mara yang dahulu sentiasa bersama, masing-masing menjauhkan diri meneruskan hal hidup sendiri.

Akhirnya, tinggal dia dan adik-adiknya yang masih kecil terkapai-kapai untuk meneruskan perjuangan kehidupan yang serba-serbi mencabar ini.

Empat tahun berhempas pulas di Menara gading demi meraih segulung ijazah akhirnya tidak membawa erti kerana sehingga ke hari ini dia masih tenggelam ttimbul merenangi lautan harapan cuba mencari sebuah sinar agar dia dapat meraih kejayaan dan kesenangan bersama adik beradiknya.

“Kak Zulaikha, belum mahu balik lagi? Dah masuk waktu Maghrib, kejap lagi langit pasti dah gelap” tegur Ziyad sambil menyentuh bahunya lembut.

Saat itu dia merasa sinar kasih sayang yang cukup utuh dan ikhlas datang bersama sentuhan lembut yang shinggah di bahunya.

Ketika airmata mahu mengalir, cepat saja Allah menghantar insan ini lantas mengubah tangisan kepada sebuah senyuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience