BAB 6

Romance Completed 2742

“beginilah makcik, bukan saya tak sudi tapi saya harus sedar diri bahawa saya anak yatim piatu, jauh saya dengan Khir macam pipit dengan enggang. Khir berhak dapat gadis yang lebih baik daripada saya,” jelasnya lembut mahu menjaga hati wanita itu.

Khir adalah lelaki yang telah dikenalinya beeberapa tahun lalu di mana mereka bertemu secara kebetulan sewaktu Khir salah seorang ahli panel temuduga di sebuah syarikat penyiaran.

Meskipun tidak berjaya mendapat tempat di firma itu, namun Khir kerap menghubunginya selepas itu bahkan hingga ke hari ini.

Pertama kali, ketika bersemuka dengan lelaki itu, Khir terus menyatakan

hasrat hatinya hendak menyunting Zulaikha sebagai suri hidupnya dan dia, tanpa sebarang rasa kasihan terus-terus saja melabel lelaki itu gila.

Meskipun Khir kerap membantunya, tidak pernah walau sekalipun sekalipun dia melayan lelaki itu dengan sewajarnya.

Kerap kali dia menolak hasrat lelaki itu, walaupun dia amat menyenangi sikap Khir yang nyata jujur dan ikhlas hendak menyunting dirinya sebagai suri hidupnya.

Dan Khir pula, tidak pernah sekalipun mengalah dengan dirinya walaupun ditolak berkali-kali.

Bagi Zulaikha siapa saja yang ditolak dengan agresif seperti Khir pasti lelaki itu sudah menyerah kalah namun tidak bagi Khir.

“Nak, kita semua tak ada beza pun. Sama-sama manusia biasa, hamba Alllah.

Cuma iman dan takwa sahaja yang membezakan kita. Khir pilih Zulaikha sebab apa yang ada pada diri Zulaikha.

Makcik yakin dan pasti, pilihan Khir tepat dan terbaik. Jika kamu dua berjodoh maka itu adalah yang terbaik sudah diaturkan oleh Allah SWT.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience