BAB 8

Romance Completed 15519

Orang kampung sudi datang bergotong-royong membantu membuat persiapan. Meriah sungguh hari ini. Aku menanti Encik Izzat di kamar puteri kuning keemasan. Baju kebaya putih yang ditempah khas cantik dan sesuai. Pipi mama basah melihat anak daranya sudah dewasa.

Andai Salina masih ada, dialah orang yang paling gembira. Bebola mataku tidak terlepas dari mencari kelibatmu. Sampai hati kau buat aku tertunggu-tunggu akan kedatanganmu. Selakkan langsir akibat ditiup angin memudahkan aku mencuri pandang tetamu di luar.

Bila-bila masa saja Encik Izzat akan tiba bersama rombongannya. Wajah paling ceria cuba diukirkan tetapi tetap tidak berjaya. Hatiku menangis sayu seolah-olah meratap pemergian orang yang disayangi. Aku harus ingat bahawa hari ini adalah hari istimewa untuk diraikan, bukan untuk ditangisi.

Deruman beberapa buah kereta menandakan mereka sudah tiba. Kusambut kedatangan mereka seperti mayat Salina yang terbujur kaku. Oh Tuhanku, leraikan segala kekecewaan ini. Berikan aku kekuatan untuk menghadapinya.

“Maisha, ada SMS dari Raffiq.”

“Terima kasih, mama.” Perlahan-lahan kubuka SMS yang diberi.

Assalamualaikum, semoga berbahagia di hari pertunanganmu. Aku harap kita bersedia menghadapi dugaan di hari mendatang bersama-sama. Apa maksud kau? Aku tak mengerti. Malas membalas semula mesejnya, kubiar saja di atas meja solek. Teman dan sepupu perempuan sudah mula memenuhi bilikku. Senyuman mereka lebih indah dariku.

“Mak si lelaki dah nak sarungkan cincin.”

“Apa dia? Saya tak dengar.”

“Mak si lelaki dah nak sarungkan cincin. Kau tu masam macam cuka. Senyumlah sikit.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience