BAB 2

Romance Completed 15519

“Jangan kau buang pulak. Mahal aku beli tadi.” Aku tak lupa Raffiq bahawa kau adalah teman lelaki adikku.

Bila aku lihat kau berkorban membahagiakan Salina, aku terasa manisnya hubungan itu. 10 Mac tahun lalu, tidak luput dalam ingatanku. Salina kubawa bertemu denganmu kerana aku mahu kau mengerti insan istimewa dalam hidupku.

Satu-satunya permata hati yang menghiburkan diri dikala duka. Tiada adik-beradik lain. Papa pergi meninggalkan kami 8 tahun yang lepas. Mama mengisi kekosongan papa. Siapa lagi yang akan mencurahkan kasih sayang pada mereka jika bukan aku.

Pertemuan itu membibitka rasa cinta antara kau dan Salina. Aku berundur atas landasan kasih sayang itu. Kamus hidupku tiada erti benci dan dendam. Hatiku penuh dengan rasa berserah. Kadang-kadang aku tipu diri sendiri. Kuselami jiwa ini dan namamu masih di situ. Cintaku masih tidak mahu beralih.

“Akak, Alin beruntung dapat Raffiq.”

“Alin suka sangat merajuk, nanti dia tak terpujuk baru tahu. Jaga dia baik-baik sebab sekarang ni susah nak cari orang macam Raffiq.”

“Alin buat macam tu pun sebab nak uji dia.”

“Kalau setakat dia dah lama tak bawa Alin keluar makan, jangan uji dia sampai tak angkat telefon bila dia buat panggilan. Dia nak pujuk Alin sampai kena beli bunga. Tak senonoh adik akak ni.” Aku mendakap Salina. Terpalit kegembiraan itu padaku. Senyuman terindah diukirkan untukku.

Selagi Raffiq dan Alin bersama, kakak tak akan padam semua memori ceria antara kamu berdua. Itulah janjiku………

“Esok akak tak perlu jemput Alin balik dari kolej sebab Raffiq nak bawa Alin keluar jalan-jalan.”

“Baiklah, tapi janji jangan balik lewat.”

“Alin janji.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience