BAB 7

Romance Completed 15519

“Mak saya suruh kita pakai baju warna putih.”

“Kenapa warna putih?”

“Putih tu warna bersih dan suci. Begitulah cinta saya untuk awak.” Aku tak pasti mampukah aku membalas cinta seistimewa itu. Kali ke berapa air mata ini tumpah ke bumi, aku tak tahu.

Bila aku dan Encik Izzat keluar membeli barang persiapan pertunangan kami, mataku dengan mudah mengalirkan air mata. Sepatutnya aku gembira, bukannya kecewa. Mulai minggu hadapan aku tak dapat meluangkan masa bersamamu lagi.

Aku dah jadi milik Encik Izzat. Tidak wajar tunangan orang lain keluar menghabiskan masa dengan seseorang yang cuma bergelar sahabat. Mungkin sekali-sekala kita boleh pergi berkelah di tepi pantai. Aku pasti akan ditemani oleh Encik Izzat.

“Kau datang hari Sabtu ni. Jadi tetamu VIP.”

“Tengoklah dulu.”

“Jangan kecewakan aku. Kau diwajibkan datang.”

“Penerbangan aku ke Jepun kebetulan sama dengan majlis kau berlangsung. Tiket dah beli, membazir pula kalau aku tak pergi.”

“Aku minta kali ini saja kau raikan aku. Lepas tu, kalau kau nak lupakan dan tinggalkan aku buat selama-lamanya pun tak mengapa.” Lantas aku meninggalkan Raffiq bersendirian.

Aku tak faham kenapa kau sengaja dan sanggup ke Jepun pada hari bahagiaku sedangkan bukan atas dasar kerja. Kau berwang, Raffiq. Bila rasa nak memencilkan diri, kapal terbang mampu bawa kau kemana saja destinasi yang diinginkan.

Suaramu memanggil-manggil namaku tiada erti, melainkan kau hadir pada hari yang kupinta. Sepuluh ekor ayam disembelih, seperiuk besar nasi dijerang sudah, kuah dalca sesedap rasa dan kuih-muih pelbagai jenis telah terhidang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience