BAB 4

Romance Completed 15519

Kelakar juga Encik Izzat. Selalunya ketika mesyuarat atau apa saja tugasan berkaitan dengan kerja, dia sangat serius orangnya. Nak tengok dia senyum pun susah apatah lagi bergurau atau ketawa seperti saat ini. Untung juga dapat lelaki macam dia tetapi aku masih belum boleh menerima orang lain selain Raffiq. Aku nencuri pandang wajahnya……………

“Allahuakbar!”

“ Kenapa ni?”

“Saya terlanggar orang….”

“Habis macam mana ni? Saya dah pesan bawa kereta berhati- hati.”

“Tunggu sini biar saya tengok.”

………………………………………………………………………………………………

Genap seminggu Salina koma dan terlantar di atas katil di sebuah hospital swasta. Tak sangka dia mangsa kelalaian aku dan Encik Izzat. Maafkan kakak Alin. Selain mama setia menanti di sisi katil, kau pula sanggup bermalam di hospital.

Alangkah baiknya hatimu Raffiq. Doktor mengesahkan kemungkinan besar Salina akan hilang ingatan. Gajiku yang tidak sebesar mana tidak mampu menanggung bil hospital. Separuh kau bayar, separuh lagi Encik Izzat tanggung.

“Saya nak minta maaf Maisha.”

“Sudahlah, hari-hari saya dengar kemaafan dari Encik Izzat. Saya redha dan terima segalanya.”

“Harapan saya hanya satu. Berilah saya peluang kedua untuk mencuri hati awak Rumaisha. Jangan biar saya bertepuk sebelah tangan.”

“Saya tak pasti sama ada ruang untuk Encik Izzat masih ada dalam hati ini.” Raffiq muncul lalu kami membiarkan saja topik tadi tergantung.

“Maaf menganggu. Aku harap kau sabar Rumaisha.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience