BAB 9

Romance Completed 15519

“Maaf mak long.” Aku tundukkan muka. Kubiarkan cincin disarung. Rela menjadi milik insan yang tidak kuketahui sama ada aku mampu memberi cinta ini padanya. Arus air mata deras mengalir dan membasahi baju. Mak long menarik tanganku meminta aku duduk di sebelah seorang lelaki berbaju melayu putih. Aku tahu, dia Encik Izzat.

“Kenapa Encik tutup muka? Takkan malu…….”

“Siapa Encik Izzat? Ni akulah.”

“Raffiq!”

“Tak suka aku datang?”

“Suka, tapi kenapa mak long suruh aku duduk sebelah kau?”

“Mak cik yang sarung cincin kat jari kau tu, mak aku.”

“Hah!”

“Sebenarnya……….” Segalanya dijelaskan oleh Raffiq.

Encik Izzat tahu bahawa aku tidak akan bahagia jika menjadi pasangannya. Lelehan air mata membuktikan aku tidak bersedia untuk orang lain melainkan Raffiq.

Dia dengan sudinya mengundurkan diri dan melepaskan aku pada Raffiq kerana dia percaya bahawa Raffiq mampu membahagiakan aku. Setiap detik aku berdoa agar ikatan ini berkekalan dan Raffiq tidak lagi meninggalkan aku sendirian.

Bila cinta yang diimpikan sukar untuk digapai, terasa payah dan putus asa. Namun nikmatnya bila kita berjaya kecapi. Ujian Tuhan mematangkan dan menjadikan aku insan yang lebih bersyukur manakala pertunangan ini satu hadiah bernilai atas kesabaran dan ketabahan diri ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience