BAB 6

Romance Completed 15519

“Tahniah dari aku. Harap kau berbahagia.” Dihadapanmu, aku menumpahkan kaca jernih. Jika benar cintaku hanya tinggal sisa, mengapa air mata ini begitu murah mengalir? Kau pula sering mengalihkan pandangan dan pura-pura tidak nampak.

“Rantai ni untuk kau.”

“Takkan cepat sangat kau bagi hadiah pada aku. Tunggulah sampai minggu depan masa hari pertunangan tu.”

“Salina yang beri, bukan aku. Ketika kemalangan berlaku, rantai ni ada dalam genggaman dia. Tak sempat nak bagi. Jadi, aku simpan dan sekarang aku serahkan pada kau.”

“Dia ada janji nak beri aku sesuatu sebab tolong rahsiakan hubungan kau orang daripada pengetahuan mama.”

“Patutlah mama kau terkejut tengok aku bersusah-susah bermalam di hospital semata-mata nak jaga Salina.”

“Mama tak suka anak-anak dia bercinta masa tengah belajar.”

“Simpan rantai ni baik-baik.”

“Bolehlah aku pakai masa majlis pertunangan nanti.” Wajah sayu yang kau balas.

Gugur akhirnya air matamu yang bergantungan dari tadi. Sudah tentu kerana Salina dan tidak benar sama sekali air mata itu tumpah untuk aku, mahupun untuk hari pertunanganku. Cinta mampu diganti tetapi tidak nyawa. Kau pasti tetap dengan cinta sucimu untuk Salina.

Aku tidak layak mengganti takhtamu wahai adikku. Walau kerlipan mata kita serupa, iras wajah yang sama manisnya, darah yang mengalir dalam tubuhku darahmu juga, namun cinta lain coraknya dan kau pula lain warnanya. Kuketuk pintu hati dan terus bertanya lagi. Sisa-sisa namamu Raffiq masih ada saki-bakinya.Payah melupakan cinta pertama.

Lagi seminggu rombongan meminang dari keluarga Encik Izzat akan tiba di rumahku. Aku masih keliru dengan diri sendiri. Benarkah aku menyintai Encik Izzat atau sekadar mahu melupakan cintaku pada Raffiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience