BAB 3

Romance Completed 15519

“Belikan akak hadiah sebab rahsiakan perkara ni dari mama.”

“Jangan takutlah, Alin mesti belikan sesuatu untuk akak.” Hari ini hatiku rasa tidak tenteram.

Kerja yang diberikan kubuat sambil lewa sehingga majikan mahu memotong gajiku. Nasib baik ada orang datang membela. Encik Izzat anak majikanku beriya-iya mahu membantu. Aku tahu kau ada hati padaku tetapi cintaku bukanlah untukmu.

“Maisha okey?”

“Saya okey. Pergilah sambung kerja awak tu, saya tak ada apa- apa masalah.”

“Bagi pihak ayah saya, saya mohon kemaafan atas tindakannya tadi.”

“Jangan risau, saya tak ambil hati,”

“Saya belanja Maisha makan tengahari sebagai tanda kemaafan.”

“Suka hati Encik Izzatlah. Saya ikut saja.” Semua itu alasan. Hampir setiap hari kau pelawa aku.

Cuma, diri ini tidak mahu menerimanya. Degupan jantung semakin kencang semasa kami sedang mencari tempat makan. Terpancar di wajah Encik Izzat satu kepuasan kerana berjaya membawaku keluar makan. Sukar mencari gerai yang kurang pelanggan terutama di kawasan sebegini.

“Ramai orang makan di gerai. Tempat duduk pun penuh.”

“Berhati-hati bawa kereta tu. Budak-budak berlari-lari ke sana sini.”

“Ya, Cik Rumaisha. Saya dah bertahun-tahun bawa kereta, bukan baru semalam dapat lesen.”

“Bergurau pula dia.” Entah kenapa tiba-tiba kami ketawa sakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience