BAB 5

Romance Completed 15519

“Apa kau cakap ni Raffiq.”

“Alin dah tak ada lagi. Dia dah pergi tinggalkan kita semua.”

“Alinnnnnnnnn…” Aku rebah dan pandanganku menjadi kelam.

Jenazah Salina aku tolong mandikan. Kain kapan terbentang di ruang tamu. Aku tak berupaya melihat semuanya. Mama pesan yang inilah bantuan terakhir dariku untuk Salina.

Gulungan kapas ku carik dan susun di atas kain kapan. Jenazah Salina diletak di atasnya. Pucat dan lesu. Terlalu besar dugaan kali ini. Jika Salina rajin menciumku, kini giliran aku pula membalas ciuman kasih sayang itu. Wajahnya ditutup kemas. Selamat tinggal sayang… 13 Mac.

Sudah setahun Salina pergi. Aku masih bekerja dengan Encik Izzat dan mama pula sudah semakin pulih dari memanggil-mangil dan meratapi kematian Salina.

Sekarang aku tinggal seorang diri kerana mama menetap di kampung menjaga nenek yang uzur. Jika mama tinggal di sana, dia mudah untuk menziarahi pusara Salina yang berdekatan dengan masjid di rumah nenek. Setiap hari Sabtu, aku dan Raffiq akan meluangkan masa bersama.

Tentang cinta? Mula kabur, tenggelam dibawa arus nota-nota pahit. Tak sanggup aku meneruskan rasa cinta itu. Seperti seorang kakak yang mengambil peluang atas kematian adiknya sendiri. Aku seorang kakak yang setia pada janji meskipun hati luka berdarah.

“Aku dapat tahu kau akan bertunang dengan Encik Izzat. Betul ke?”

“Bila kau dengar berita ni?”

“Jawab soalan aku dulu.”

“Ya,memang betul.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience