BAB 1

Romance Completed 15519

Kau berjaya menambat seluruh jiwaku yang selama ini cuba dimiliki oleh Encik Izzat. Tanpa disedari, aku berdiri disismu dengan penuh harapan mendamba secebis kasih. Bayu lembut membisikkan nada kesabaran kerana suatu hari nanti kau pasti terjaga dan tahu kehadiran insan yang menyintaimu.

Saat yang ditunggu tidak menjelma tetapi ditimpa pula ujian. Hatiku sering berkira-kira haruslah perasaan ini diteruskan atau biar sahaja ia berlalu. Seseorang telah cuba merampas rasa kasihku untukmu. Aku tidak mampu menghalang kerana dia adalah ADIKKU.

Dia teramat menyayangimu Raffiq ! Kita mungkin dipertemukan atas nama sahabat bukan kekasih. Biar kusimpan rahsia hati untuk tatapan sendiri. Hujan renyai turun membahasi bumi. Begitu juga hati ini yang dilanda kesedihan . Aku dengan rela melepaskan kau demi Salina.

“Makanlah, kenapa termenung?”

“Kenyang.”

“Aku ajak kau keluar makan sebab dah lama kita tak keluar berdua macam ini.”

“Betul, aku kenyang.”

“Hem….apa kena dengan kau Rumaisha ?”

“Mana ada apa-apa. Aku okey aje.” Selama 4 tahun kita bersama, kau asih belum mengerti gerak-geri dan tingkah lakuku yang cuba meluahkan isi hati ini. Sepasang baju melayu kuhadiahkan ketika menjelang hari jadimu yang ke-26.

Sepasang baju batik yang kubeli di Terengganu ketika ada tugasan disana. Harta benda tidak mampu membeli cinta. Menyatakan dengan lisan aku tak berdaya. Aku selalu berharap kau akan ketahui betapa aku mahu menggapai cintamu itu.

“Tolong kirimkan bunga ni dan kirim salam pada Salina. Lagi satu, pesan pada dia jangan merajuk lagi. Raffiq minta maaf.”

“Baiklah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience