Azila langsung tidak tahu apa yang berlaku. Azila cuma merasa kelajuan kereta bertambah dan Tiba² dirinya seperti terjatuh ke dalam gaung yang tinggi, jeritan Alex boleh di dengar sehingga ke dalam bonet. Azila tidak merasa sebarang pergerakan kereta. Dia kini berdoa agar di selamatkan.
Tony dan Wong menumpang sebuah kereta untuk kembali ke bandar. Mereka ke balai polis melaporkan mengenai kemalangan Alex dan azila.
Anita: tuan fattah ada satu laporan kemalangan dari 2 orang pemuda cina di balai polis hutan simpan. Menurut mereka, mereka di upah untuk menculik seorang gadis di hadapan mahkamah pagi tadi, tapi kereta berkenaan tiada brek, mereka berdua terjun sewaktu kereta masih bergerak , tetapi pemandu bernama Alex dan gadis dalam tahanan yang berada dalam bonet kereta mereka telah terjunam ke dalam gaung di kilometer 25 jalan hutan simpan.
Pegawai fattah: baik, Anita hantar laporan kepada pasukan bomba dan Penyelamat, kita perlu melakukan aktivity search and rescue secepat mungkin.
Anita: baik tuan.
Tuan fattah menghubungi alif untuk memaklumkan tentang kemalangan tersebut. Alif kemudiannya menghubungi tuan Ismail untuk menceritakan kejadian yang menimpa azila.
Ismail: encik alif nak saya buat pertuduhan untuk mendakwa datin azlili ke?.
Alif: x... Kita tunggu azila di selamatkan, tapi esok kami x boleh ke pejabat encik Ismail sebab semua bukti dan saksi azila seorang jer yang tahu.
Ismail: baik... Saya tunggu arahan seterusnya daripada encik alif dan Cik azila.
Pasukan polis dan bomba di bantu pasukan askar wataniah melakukan pencarian dan Penyelamatan,mereka mengambil masa 3 jam sebelum menemukan kereta berkenaan tersangkut atas pokok. Sebuah kren di hantar untuk membawa turun kereta itu. Pihak bomba terpaksa memotong bonet untuk mengeluarkan azila. Alex sudah tiada di dlm kereta atau dimana² kawasan sekitar, azila yang lemah Akibat kekurangan oksigen di hantar ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan.
Alif, haji ishak dan Hajah rohani bergegas ke hospital setelah menerima laporan bahawa azila telah selamat dan sedang di rawat. Tony dan Wong telah di tahan di balai polis hutan simpan,
pasukan polis pula sedang menggerakkan gerakan untuk menjejaki alex.
Selepas dua hari azila dibenarkan keluar hospital... Dia telah menyerahkan bukti berupa kertas perjanjian bersama dato eddy dan rakaman suara perbualan telefon dimana dato eddy meminta azila melayani kawan²nya secara seksual. Beberapa nama saksi diberikan termasuk azila dan staff hotel yang menangkap dato eddy di hadapan bilik hotel.
Kalau chapter mlm. Ni pendek minta maaf la ya, idea simpan untuk chapter esok pula.. Terima kasih yang sudi membaca, bacaan tears sudah me cecah 8877...road to 10,000
Share this novel