Bab 7-Bylcream
Azila tidak pasti pukul berapa Azman akan sampai dirumah nya, pukul 10 pagi dia sudah siap dan menunggu Azman tiba. Sudah 2 bulan azila tidak keluar makan dengan lelaki, dia pasti Azman cuma menganggapnya seperti adik sahaja. Dia cuma memakai BB cream dan mengoles bibirnya dengan lip gloss sahaja.
Solekan seringkas itu sudah cukup menaikkan seri wajah azila. Bunyi enjin motor berkuasa tinggi berhenti di hadapan rumah.
azila mencapai beg tangan dan meluru keluar. Azman meminta kunci kereta dan membuka kan pintu penumpang sebelah pemandu untuk azila, sesudah itu, motor TZM nya di tolak masuk ke dalam garaj.
Azman:kita nak kemana?.
Azila : abang ajak zila keluar, abang la pilih tempat.
Azman: baik lah.. Azman memandu keluar dari kampung itu dan menuju ke kedai makan pilihan nya dipekan.
Azman: zila, abang bukan nak menyibuk, cuma nak pengesahan saja. Ok?.
Azila: takpe, abang boleh tanya.
Azman: mak limah tuduh zila ada AIDSkan?.
Azila: ya.
Azman: azila penagih dadah ke?
Azila: tak...
Azman: so, zila pernah buat operation atau blood transfusion??.
Azman: tak... zila dapat melalui seks rambang.
Zila mengaku dulu zila jahil dan banyak ikut kata hati.
Azman: pak ngah dan mak ngah kata apa?.
Azila: 3 tahun lepas, zila bergaduh besar dengan mak sebab zila tolak pinangan ustaz. Mak halau zila dari rumah. Zila dah 3 tahun tak balik rumah mak.
Azman : maksudnya mak ngah dan pakngah tak tahu zila tinggal di kampung ni?.
Azila: ya, zila sengaja nak melarikan diri.
Azman: ok, abang man akan bantu zila, beritahu abang, apa zila nk buat?.
Azman: mak limah macam nak hebohkan keadaan kesihatan zila, zila x tahu mana nk pergi duit simpanan pun dah x seberapa tinggal lepas renovate rumah pusaka tu. Zila cadang nak pindah sebelum kena halau.
Azman: abang man nak bagi cadangan, apa kata zila tinggal di rumah abang man, rumah tu abang nk buat rumah sewa, sementara xde orang nak menyewa, zila tinggal di sana dulu, kalau zila perlukan apa² abang akan hantar. Rumah pusaka tu, abang man bagi sewa pada sesiapa, buat homestay pun boleh sebab zila dah masukkan aircond dan hot shower, sesuai untuk homestay.
duit tu boleh tambah² duit simpanan zila.
Azila: zila baru beli mesin jahit, cadang nak ambil tempahan baju kurung.
Azman: abang man ada cadangan, nanti abang man bawa zila pergi beli kain, zila jahit baju kurung banyak² pelbagai saiz, kemudian abang tolong jual di office atau pada kawan² abang. Zila buat la saiz m, l, xl, xxl. Klu ada yg nk tempah, kita boleh ambil ukuran kemudian.
Azila: ok jugak cadangan abang tu.
Azman: itu idea zila abang cuma kembang kan idea tu jer.
Azila: kenapa abang masih nak tolong zila walaupun abang tahu hal yang sebenar.
Azman: abang bukan hakim untuk menghukum zila, lagipunzila dan kakak² zila, azlina dan azifa tu dah macam adik abang, abang xde adik pompuan, kamu bertiga la adik abang. Lg 4orang nama apa abang lupa yang muda muda tu?.
Azila: azlan, azie, azlini dan azliman.
Azman: abang man x kenal sangat yang adik ² zila tu, zila pun kalau selisih memang x kenal, lain macam dia punya cantik. Dulu rambut tu pendek, sibuk jer nak lawan gaya rambut abang man, habis bylcream abang man dulu zila sapu di rambut. Abang man panjat pokok, dia pun panjat pokok, abang man berkubang dlm parit, dia pun sama, masa abang man terjun lombong, zila x balik kampung, hahaha.
Azila ketawa besar bila Azman mengingatkannya pada kenangan zaman kanak² mereka.
Azman : esok kita pindah kan barang sikit² ok.
Azila: apa pulak kata mak long nanti.
Azman rumah sewa abang hak milik abang, tiada sdiapa boleh bantah. Abang sedih tengok zila di buli mak limah macam pagi tadi.balik ni kita beli pizza untuk dinner zila ok.
Azila: zila rasa nak beli bahan untuk masak jer.
Azman: nanti pindah masuk rumah abang, zila masak, abang datang makan ok.
Satu chapter lagi untuk hari ni che da update mlm ok.
Share this novel