Bab 5-Dia sepupuku.

Others Completed 20348

Bab 5-Dia sepupuku.
Assalamualaikum, cik zila..
Azila: naiklah rahimah.. Naimah.. Cik zila x kunci pintu,
2 beradik itu menolak daun pintu dan masuk ke dalam rumah azila.
Rahimah: makin cantik rumah nek minah kan dik.
Naimah: sejuk jer rumah batu kan kak?.

Azila: dtanglah ke dapur ni, cik zila tengah makan. Jom makan dengan cik zila.
Rahimah menjenguk ke atas meja. Ada makanan persis mee.

Azila:  cik zila masak spaghetti bolognaise, jom rasa sikit.( azila menjelas kan bila melihat gadis berusia 15 tahun itu merenung mangkuk spaghettinya.
Naimah: kami dah makan di rumah tadi.
Azila : kakak dan adik teman cik zila ya malam ni.
Rahimah: ya, umi dah beritahu tadi. 
Azila membawa dua beradik itu ke bilik mereka.
Azila: ini bilik imah dan imah ya, malam ni cik zila tolong buat kerja rumah.  Berehat la dulu.

Naimah: sejuk rumah cik zila.
Azila: ya, cik zila x boleh cuaca panas, sebab tu cik zila masukkan aircond. Dalam almari tu ada t shirt, kain batik, tuala dan telekung untuk solat, ada apa² ketuk bilik cik zila ya.
Naimah: kak, dah hampir pukul 8 malam, cik Zila tidur lagi ke? Tadi umi pesan, ajak cik zila makan malam di rumah.
Rahimah : xpelah dik.. Biar lah cik Zila tidur.
Naimah: umi selalu pesan jangan tidur waktu senja.

Rahimah :, itu pesanan untuk budak sekolah jer, bukan orang dewasa macam cik zila.
Naimah: cik zila cantik kan kak?, putih melepak, sebutir jerawat pun xde.
Rahimah : bila dah kerja, macam² boleh beli, cantik juga nanti. Jom kita balik dulu.

Mahani: kenapa kakak dan adik tak ajak cik zila datang makan sini.
Naimah: cik zila tidur dari pukul2petang tadi, belum bangun lagi.

Mahani, abang makan dulu, saya nak jenguk azila jap, jom kakak teman umi.

Mahani mengetuk pintu bilik azila bertalu talu.
Mahani: zila..... Kak ani ni, zila ok tak...
Azila: kak.......... Kepala zila pening sikit.......

Mahani : buka pintu ni zila kak ani nak tengok.
Mahani cuma mendengar suara azila sayup sayup.
Azila cuba menggagahkan diri untuk bangun.

Rahimah: cik zila janji nak tolong kakak dan adik buat kerja sekolah malam ni.
Mahani : baguslah tu, cik zila ni pandai. Nanti Kakak minta cik zila ajar English ya, umi x reti nk tlong.
Pintu bilik terkuak dari dalam, mahani memegang tubuh Azila yang hampir tumbang.
Mahani : Masyaallah panasnya badan. Kakak pergi panggil abi, cakap dengan dia pergi pinjam kereta abang man.
Azila: abang kamal boleh memandu ke kak?.
Mahani : boleh, dia boleh memandu,
Azila: guna kereta zila jer, kunci atas almari solek tu.
Mahani : kakak, ambil kunci tu kemudian tolong umi bawa cik zila ke pintu... Kakak lekas panggil abi datang.
Mahani dan kamal segera membawa azila ke hospital, doktor membuat pemeriksaan menyeluruh untuk mengenalpasti punca dan apakah penyakit yang dihidapi oleh azila.
Selain MRI, darah azila di ambil untuk diperiksa.

Awal pagi itu staff ward kecemasan gempar apabila seorang pesakit di kenal pasti positif H. I. V. Semua peralatan yang di gunakan di steril sebelum di gunakan semula.
Tijah: aku dengar, pesakit tu dari kampung kau sha.
Nasha: mustahil kalau ada orang kampung aku bawa sakit tu.
Tijah: baik kau pergi check dengan kerani pendaftar tu, alamat dia di kampung kau.
Nasha: aku perlu tahu siapa dia supaya penduduk kampung aku boleh menjauhinya.

Limah: ani, siapa yang tinggal di rumah mak do minah tu?
Mahani : cucu dia, anak abang razali nombor 3. Azila.
Limah: kau jangan rapat sangat ani, dia tu ada sakit aids.
Mahani : tak baik kak limah nak menuduh.
Limah: anak sedara aku yang kerja misi di hospital tu yang beritahu tadi, tak kan nasha nak tipu aku, anak sedara aku tu, budak perempuan pertama dari kampung ni yang masuk University. Budak pandai ni x reti nak menipu.
Mahani : saya bawa dia semalam pergi klinik, demam biasa jer, bukan sakit yang bahaya tu.
Limah: terpulang pada kau la ani, kalau dah berjangkit satu keluarga baru nak percaya agaknya.
Mahani : nasha tu misi jer, doktor cakap dengan saya demam biasa, saya lebih percaya kan doktor, doktor tu belajar lagi tinggi dari misi yang setakat ada diploma tu.
Limah: orang bagi nasihat tak nak dengar. Aku x peduli, dalam mesyuarat kampung akan datang, aku nak usulkan supaya dia di halau keluar dari sini.
Mahani : kak limah kalau nak jahit baju, boleh hantar pada zila, dia ada ambil tempahan.
Limah: tak ingin aku nak bg orang banyak dosa tu pegang baju aku, najis kau tahu tak.

Azila tak jadi melangkah masuk ke dalam kedai mahani, kalau dah ada sorang yang mengetahui tentang penyakitnya, satu kampung pasti akan tahu dan dia akan di halau. Duit aku cuma tinggal 200,000 saja, bila² boleh habis. Masalahnya, kemana aku boleh pergi.
Mahani : eh azila, kenapa tercegat di luar ni, kenapa tak masuk..
Azila: zila lupa nak beli apa, nak patah balik ke rumah pun malas, tengah fikir, klu beli semua barang² dapur, cukup x duit ni.
Mahani : takpe, ambil jer apa brg² yang zila nak, x cukup duit, bayar kemudian.
Limah: pilih bulu kau sekarang ni ani, aku minta nk verhutang rm2 pun berkira.
Mahani : mak minah dulu banyak tolong ani kak limah, tak salah nak balas budi pada cucu dia kan?

Azman: assalamualaikum... Sejak bila ahli mesyuarat tingkap pindah lokasi ke pintu.
Mahani : waalaikummussalam, eh man, masuk lah. Terleka pulak, berborak di pintu kedai.
Azman: kak ani, yang ini ke sepupu man, yang orang kampung cerita tu?.
Limah:tak payah lah mengaku sepupu man, malu muka kau nanti.
Azman: kenapa nak malu, cantik kalah bintang filem ni mak limah.
Limah: anak saudara aku si nasha tu lagi cantik. Kerja misi di hospital besar di pekan sana.
Azman:saya kenal nasha tu mak limah, tapi x boleh lawan sepupu saya ni, nasha tu lawa sebab mekap 5inci tebal, tengok sepupu saya ni, xde mekap ni, natural beauty.
Mahani : nama sepupu man ni azila.
Azman: tengok tu mak limah punya la nk kata jodoh kuat, saya Azman, dia Azila.
Limah: cantik tapi berpenyakit nak buat apa??.
Azman: sakit? Sakit apa?...............

Done update. Happy reading.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience