Bab 4-Mawar mekar
Azila: assalamualaikum kak ani.
Mahani : waalaikummussalam, eh zila, nak beli apa apa ke?.
Azila: zila nak tanya, dalam kampung ni ada ramai ke tukang jahit?.
Mahani : ada 2orang jer, bila musim raya x menang tangan nak menjahit.
Azila: Zila boleh jahit baju. Kalau ada orang nak tempah baju, kak ani tolong beritahu mereka ya.
Kak ani: baik lah.
Mohd: kak ani, bagi rokok semporna A tu sekotak. Siapa si cantik ni kak?.
Mahani: nah rokok kau, kurang kurang kan merokok tu, membazir duit jer, ini Zila, cucu mak do minah.
Mohd: kak ani ni, kalau tak nak saya beli, jangan lah jual, wow, akhirnya ada juga gadis cantik muda dalam kampung ni. Zila tak takut ke tinggal sorang sorang, nak saya teman kan?.
Azila: awak teman lagi bahaya kot. Lebih baik saya sorang².
Mohd: jom saya belanja makan.
Azila: naik motor ni?, sorry, motor i x layan.
Mohd: poyolah, jual mahal pulak kau ni kan.
Mahani : hati² sikit dengan mohd tu, kalau datang gila dia, bahaya zila nanti.
Azila : tak pe kak dia belum kenal zila ni lagi.
Mahani : kalau zila nak, kak ani boleh minta rahimah dan naimah teman kan zila.
Azila:bila mereka balik sekolah, suruh lah mereka datang ke rumah.
Mohd tiba di kedai kopi kampung untuk bertemu gengnya.
Mohd: geng, korang tahu tak di kampung ni dah ada mawar yang berkembang mekar...... Cantik weh.
Ismail: pompuan yang tinggal di rumah mak do minah tu ke? Aku ada nampak dia sidai baju semalam, putih melepak...
Pak abu: cucu minah dah balik?
Azman: pak Abu kenal ke cucu mak do minah tu?.
Pak abu: man... , kalau betul itu cucu si minah, sepupu kaulah tu, dah. X kenal dah ke? Bapak dia nama razali yang dah pindah ke bandar sana.
Azman: owh.. Kenal rasanya.
Mohd: cantik weh.. Aku baru jer nampak dia tadi di kedai runcit kak ani, ajak naik motor bo layan.
Azman: naik motor cabuk siapa mahu, jap lagi aku usung dengan TZM aku, mesti dia mahu. Korang semua tunggu jer di sini.
Fatihah: dalam kampung ni ramai lagi kot, gadis yang cantik.
Ismail : tapi kau x putih....,Gigi jongang......... Rendang.
Azman: rendang tu apa?.
Ismail: gemuk dan pendek.
Fatihah: ini body shaming..... Aku report bapa aku.
Mohd: buat apa report sama bapak, report lah sama tok kadi.
Ismail: kau kenapa? X nk join fight berebut cucu mak do minah?.
Mohd: sombong sangat... Korang jelah berebut, aku dapat fatihah pun ok jugak, jom tihah naik motor dengan abang.
Fatihah: apa barang motor kecik, abang man.... Bawa tihah ronda ronda dengan TZM Abang boleh?..
Azman: sorry aku ada taste.
Mohd: hahaha, adan uker kena reject depan².
Fatihah: aku pun reject kau tadi, dah lupa ingatan ke?
Che da happy kalau anda semua happy.
Share this novel