Azman keluar awal²pagi lagi, mak long cepat² menghubungi seseorang.
Maklong: ya, dia dah keluar, kau tengok dimana betina tu tinggal. Ok.
Kok kok kok......
Azman: zila... Abang dah sampai.
Azila :kejap abang man, azila membuka pintu sedikit sahaja:Dia masih belum membersihkan dirinya awal pagi itu.
Azman: ni abang bawa kan sarapan. Zila kalau boleh jangan keluar ke mana ² ok. Nanti lunch abang bawa kan makanan.
Azila : baik lah.
Azman: abang bukan nk kurung zila, abang x nk zila terserempak dengan siapa² dari kampung tu.
Azila: zila faham, abang sorang jer faham ila dan sudi bantu ila.
Azman: please jangan cakap begitu, ayah ngah dulu bantu bayar yuran University abang, ayah abang man meninggal masa abang man kecil, anggap lah abang man balas budi ayah zila.
Azila:ayah pun x suka zila balik rumah dia.
Azman: kenapa zila x cerita pasal ayah ngah pada abang man?.
Azila : zila x nak ingat kisah lama.
Azman : ok ila mkn sarapan tu dulu, abang dah nk masuk kerja dah.
Azila : baik, terima kasih sekali lagi.
Azila pergi mencuci muka dan ke dapur untuk makan makanan yang di belikan oleh Azman. Belum sempat azila menjamah makanan itu, ada ketukan di pintu.
Azila : ada apa² yang abang man tertinggal?.
Eh.. Mak long.
Mak long: buka pintu ni.
Azila : sekejap mak long, ila nk makan jap.maklong: baik kau buka sekarang sebelum aku menjerit depan ni, beritahu semua orang kau tu pembawa aids.
Azila terpaksa membuka grill dan pintu untuk mak long supaya mak long tidak membuat kecoh.
Mak long:kereta di luar tu, azman yang beli kan ke?.
Azila:tak, itu kereta sewa, zila sewa di kuala Lumpur sebelum balik ke sini.
Kak long: ni rumah anak aku kan?
Azila: ya, abang man cakap dia nak buat sewa.
Mak long: habis tu kau bayar sewa tak?.
Azila ::abang man cakap dia bg zila duduk free.
Mak long: semata nk bagi kau tinggal freedisini, dia beli semua perabot ni kan??
Azila: abang man beli set bilik tidur. Perabot dan peralatan erlectric semua zila beli cash. Abang man letak di sini supaya ila selesa.
Mak long: oleh sebab kau tak bayar sewa.. Kau keluar dari sini sekarang...
Azila bangun dan menuju ke meja makan.
Maklong : aku suruh kau keluar dari sini, bukan sambung makan.
Azila: ila habiskan makanan ni dulu boleh tak, kemudian ila keluar.
Mak long: habiskan lah cepat.
Azila masuk ke bilik selepas makan dan mula mengemas pakaiannya. Maklong masuk ke bilik membawa plastic sampah hitam, dia memasukkan semua pakaian azila ke dalam plastic hitam itu.
Maklong : x payshblipat² sumbat jer dalam ni. Lambat beno nk melipat tu.
OK. Dah siap, nah baju kau, keluar sekarang. Azila cuba mencapai kotak kasut berisi duit pemberian hazimah, mak long merampas kotak itu dan berselerakan duit dari dalam kotak itu.
Maklong : ada pun duit. Jangan kutip, anggap jer ini duit sewa untuk anak aku. Alsekarang kau berambus dari sini. Mak long mengutip semua duit azila dan memasukkan ke dalam pocket baju kurungnya.
Maklong: azila dengar sini baik baik.. Kau pergi jauh² jangan balik ke sini lagi, jangan cuba² kamu telefon atau mesej azman. Kalau dia call, jangan angkat.
Azila : baik Maklong.
Azila membawa pakaiannya masuk ke dalam kereta.
Maklong menunggu sehingga azila masuk ke dalam kereta, menghidupkan kereta, azila memberi satu hon sebagai tanda selamat tinggal dan bergerak keluar dari garaj. Mak long memerhatikan kereta azila menghilang daripada pandangannya. Mak long seorang mak sedara yang kejam?. Ya, dia puas, mak long bernama Razilah, berkahwin pada usia muda, 16 tahun dengan yusof. Perkahwinan yang bahagia sehingga melahirkan Azman. Kemudian yusof mula berkawan dengan pemuda kutu rayau dan terjebak dengan dadah. Tahun 70 an, yusof berambut panjang mengalah kan bintang Rock, memakai seluar koyak dan mengambil barang terlarang kerana hasutan kawan². Ketika Razilah menderita bersama suami yang menagih, adiknya razali keluar dari kampung kerana ingin mencari kerja di bandar. Yusof selalu memukul Razilah jika tidak ada wang untuk membeli dadah. Razilah mejadi mangsa keganasan rumahtangga, Azman juga tidak terlepas daripada sepak terajang yusof. Hari² Razilah berdoa agar yusof suaminya di ambil nyawanya, dia tidak tahan dengan siksaan di dalam dunia yusof.
Doa Razilah termakbul apabila yusof kemalangan ketika melintas jalan sewaktu tengah khayal. Azman yang baru berusia 5 tahun sudah menjadi anak Yatim. Adiknya razali menanggung semua kos pembelajaran azman kerana kasihan dengan nasib yang menimpa kakaknya, tetapi Razilah masih berdendam kerana kehidupan razali semakin baik selepas berpindah. Dulu Razilah selalu di hina kerana suaminya seorang penagih, kini dia di hina kerana anak saudaranya seorang pesakit aids, Razilah menerima hinaan itu seorang diri sementara razali tidak menerima hinaan itu kerana sudah keluar dari kampung mereka.
Next mlm ok
Share this novel