Hampir 2 minggu alif diwardkan. Sepanjang alif di dalam ward, jiran azila yang bekerja sebagai nurse membantu azila menyuntik vaksin itu setiap malam. Kini vaksin azila sudah hampir habis, azila perlu kembali ke kl untuk mendapatkan stok vaksin yang baru. Hampir setiap hari puan Bahiyah melawat alif untuk menghalang azila bertemu anaknya itu.
Alif: mak x penat ke ulang alik hari².
Bahiyah : mak bukannya ulang alik dari kuala Lumpur pun, dari rumah haji ishak tu je.
Alif: mak x apa² kan?. Alif baru nak keluar dari kedai tu tapi masa tu lah perompak ² tu masuk. Alif cuba mengelak tembakan sehabis baik. Waktu alif nak keluar dari situ, ntah dari mana datangnya peluru tu.
Bahiyah : tak mengapa alif, ini semua ketentuan Allah mungkin nak beri kita berdua masa untuk pertimbangkan semula keputusan kita.
Alif: keputusan apa mak?.
Bahiyah : keputusan mak memberi restu untuk alif berkahwin dengan azila dan juga keputusan alif untuk menjadikan betina tu isteri alif.
Alif: alif x suka dengar kata² mak.
Bahiyah : alif.... Alif satu satunya anak mak. Mak x nk alif buat keputusan yang salah. Masa alif terlantar di sini, dia dah keluar dengan jantan lain.
Alif : jantan mana mak?.
Bahiyah : si azman tu la, guna modal sepupu, dah lapuk teruk modal tu.
Alif: azman tu memang sepupu dia....
Bahiyah : tapi alif cakap dengan mak, klu kita x hantar rombongan, azila akan di nikah kan dengan azman tu?.
Alif: betul, tapi mereka x bercinta. Mak jangan lupa tentang kes tangkap basah alif tu.
Bahiyah : mak x kisah alif, yang malu dia, baru jer selesai kes mahkamah dah kena cekup tangkap basah, memang dia la betina jalang tu.
Alif: mak.. Alif cuma mahu kan ila sebagai isteri.
Bahiyah : kalau alif nak orang sini mak brlerkenan dengan nurse fazila tu. Nama pun lebih kurang jer tapi lagi sopan dan cantik.
Alif: tunggu alif keluar hospital baru kita bincang ya mak.
Seminggu selepas alif keluar hospital. Alif, puan Bahiyah dan azila ke kuala lumpur menaiki kereta.yang dipandu oleh azman. Azila perlu membuat pemeriksaan dan mendapatkan stok baru.
Di Pusat rawatan.
Doktor : bulan ni, bulan terakhir cik azila. Saya akan bg vaksin untuk sebulan. Lepas sebulan, cik boleh membuat pemeriksaan di mana ² pusat rawatan yang terdekat sahaja.
Bahiyah : baguslah, alif x perlu lagi nk ikut ila kehulu hilir dah.
Setelah keluar dari pusat rawatan, Azman membawa azila, alif dan puan Bahiyah makan di
Kedai menjual asam pedas muar.
Ketika mereka sedang menunggu makanan sampai.
Bahiyah : alif... Cakap lah sekarang.
Alif: ila, kita perlu berbincang.
Azila : ya, ada apa alif.
Bahiyah : jom man kita bagi peluang mereka berdua berbincang.puan Bahiyah mengajak Azman meninggalkan kedai itu seketika.
Alif: ila,alif minta maaf, mungkin alif tak dapat nak teruskan rancangan per kahwinan kita ni.
Azila : ila tahu, mak alif x suka ila, dia terima pun kerana terpaksa. Ila pernah beritahu alif, kita cuma boleh kahwin klu mak alif merestui hubungan kita, tapi mak alif x ikhlas terima ila pun, nasib baik kita cuma berkawan kalau tak, apa lah lagi kata² nista yang dilemparkan pada ila.
Alif: alif yakin, azman mampu membahagiakan ila.
Azila : abang man tu abang ila, ila x cintakan dia macam mana ila cintakan alif. Alif yang ajar ila cara untuk bercinta. Kau ajar kan aku bahagia, kau ajarkan aku derita. Terima kasih atas segalanya, tanpa alif ila mungkin tak tahu ada rawatan untuk sakit ila.
Bahiyah : dah abis bincang ke.
Azila : dah makcik, jomlah kita makan... Nanti makanan sejuk, tak sedap pulak.
Azman: ada apa² yang serius ke ila?.
Azila : nanti ila cerita pada abang.
Cuma ada 2 chapter saja lagi... Che da akan up petang dan malam ni. Happy reading
Share this novel