In nama amruhu izaa aro dashai in anyakulalahu kunfayakun. Fasubha nallazi biyadihi malaku tukullashai in wailaihiturjaun. Sodakallah hulazim..
Azila menamatkan bacaan yasin nya, aktiviti wajib setiap kali selepas maghrib. Hajah rohani berpesan supaya azila menghadiahkan bacaan yasin itu untuk mak dan ayah azila.
Hajah rohani:Zila untuk dua ayat terakhir ni, maksud ayatnya ialah"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, hanya lah ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:" Jadilah engkau". Maka ia terus menjadi. Qs36:82 "
Dan untuk ayat yang terakhir pula, "bahawa tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi(yang demikian besar nya) -berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana ia menciptakan mereka dahulu. Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan dialah pencipta yang tidak ada bandingan Nya, lagi yang Maha Mengetahui. Qs36:83. " Jadi zila x perlu fikir cakap cakap dan kata² manusia, tunduk dan sujud cuma pada Allah, cuma yang Maha esa boleh memberi kesembuhan pada zila. Setiap kali selepas solat jangan lupa titipkan doa untuk ibu bapa zila ya.
Salah satu aktiviti terbaru Azila ialah bertadabbur apabila selesai bertadarus bersama Hajah rohani.
Azila : mak tadabbur ni sama macam tafsir quran betul tak?.
Hajah rohani : eh.. Tak sama ila. Tafsir ni maksud dan pengertian ayat sahaja. manakala tadabbur adalah kita menghayati dan merenung sehingga meresap makna ayat al-Quran itu ke dalam hati.mungkin bahasa yang lebih mudah difahami, tafsir ni ialah memahami maksud tersurat, tadabbur untuk memahami maksud tersirat.
Azila : ok. Zila dah faham. Mak zila nak minta izin.
Hajah rohani: nak minta izin apa?.
Azila : zila nk minta izin balik rumah mak dan ayah zila, nak minta maaf.
Hajah rohani: tunggu pak haji balik ya, mak nak tanya pendapat pak haji.
Azila : ok.
Happy reading
Share this novel