Azila terdiam. Mendengar nasihat hajah rohani tentang kuasa berdoa.
Hajah rohani:Allah tidak memulangkan tangan setiap hambanya yang berdoa dengan tangan kosong. Zila teruskan berdoa, InshaaAllah, penyakit yang tiada ubat pasti akan ada ubatnya pada Allah, yakin pada kekuasaan Allah ila. Mak nak beri satu cerita.
Ada dua orang sahabat tersadai di sebuah pulau terpencil. Mak namakan dia samad dan Ali. Samad berkata, wahai Ali marilah kita berpecah dan membahagikan pulau ini kepada dua, aku di timur dan kau berada di barat. Kita usaha kan bahagian masing². Ali bersetuju, Ali pun pergi ke arah timur. Namun malang nya bagi Ali tanah di sebelah timur cuma tanah pasir dan penuh batu bantuan, walau bagaimana pun Ali berusaha dan berdoa tetap tidak mengeluarkan hasil. Ali meneruskan hidup dengan memancing ikan. Dia cuba untuk bercucuk tanam namun tiada kemajuan, sebaliknya samad yang kekal di barat, tanamannya membuahkan hasil. Samad hidup dalam keadaan gembira kerana tiada kekurangan bekalan makanan. Selepas setahun samad terfikir untuk pergi melawat sahabatnya Ali di timur. Samad melihat cuma ada tanah yang tandus dan Ali yang kurus kering Akibat kelaparan.
Samad berkata dengan angkuh, datanglah ke sebelah barat, makan lah apa saja yang kamu mahu, sesungguhnya orang yang malas berusaha memang tidak akan berjaya. Tiba² satu suara berkata...
" wahai Samad jangan lah kamu fikir, kamu berjaya kerana usaha mu semata mata, aku memberikan kesenangan itu kerana kawan kamu si Ali yang x putus putus berdoa supaya aku memakbulkan doa doa dan semua usaha kamu.
Azila: tapi mak, adakah doa manusia jahil seperti zila akan dimakbulkan.
Hajah rohani: azila, soalan tu mak x boleh jawab. Itu semua kuasa Allah, kita buat kerja kita dan Allah akan lakukan apa yang perlu dia lakukan. Jangan pernah berhenti berharap. Mak ada lagi satu cerita. Kisah seorang pelacur yang masuk Syurga kerana seekor anjing. Dan kisah seorang pemuda yang dijanjikan Syurga.. Zila nak dengar.
Azila : nak...
Hajah rohani:
“Ketika ada seekor anjing yang hampir saja mati kerana kehausan berputar-putar mengitari sumur, tiba-tiba ada seorang pelacur dari bani Israel yang melihat anjing tersebut, lalu dia melakukan sepatutnya dan mengambilkan air untuk anjing itu, kemudian ia memberinya minum sehingga ia diampuni kerana perbuatannya itu.”
Kisah ini mengajarkan kita bahawa ikhlas itu mampu membawa seorang wanita yang dipandang hina ke syurga.
Satu kisah lagi. Rasulullah berkata kepada makmumnya selepas solat berjemaah. Mahukah kamu semua berkenalan dengan penghuni syurga.
Jermaah: mahu ya rasulullah.
Rasulullah : pergi lah ke pekan dan carilah seorang pemuda bernama sipolan bin sipolan.
Seorang jemaah bingkas bangun dan pergi ke pasar mencari pemuda itu, dia mahu melihat apakah amalan pemuda itu sehingga dapat menjadi penghuni syurga. Dia melihat, pemuda itu mengangkat seekor khinzir lalu di mandi kan. Kemudian di lap badan kninzir itu dengan tuala dan diletakkan di atas satu permaidani istimewa. Pemuda itu masuk ke dalam rumah dan keluar bersama seekor lagi khinzir yang lebih besar. Dia memandikan khinzir kedua,, di lap dan dfiletakkan di atas permaidani, jemaah ini berlari ke masjid untuk menceritakan apa yang dilihatnya.
Rasulullah : bagaimana, sudah kah kamu melihat amalan pemuda yang aku maksudkan tadi.jemaah itu mecerita kan semuanya, kenapa seorang pemuda yang memelihara dan memegang khinzir boleh masuk syurga.
Rasulullah. Kedua dua khinzir itu ialah ibu dan bapa pemuda itu, kedua duanya telah di sumpah, sungguh pun begitu, pemuda tadi tidak meletakkan kinzir tadi di dalam kandang layak temmpat tinggal seekor haiwan, dia meletakkan ibu bapanya di dalam rumah, dimandikan dan dirapikan setiap hari kemudian dibiarkan berehat di atas permaidani istimewa. Tidak layakkah pemuda itu yang tetap menyantuni kedua dua ibu dan bapanya walaupun kedua² mereka sudah pun berubah menjadi khinzir?.
Seorang anak yang memuliakan ibu bapanya tanpa mengira bentuk fizikal mereka. Anak yang taat dan patuh pada perintah Allah akan dijanjikan syurga apabila mendapat redha ibubapanya. Nanti zila balik jumpa mak dan ayah zila dan mohonlah kemaafan daripada mereka, jika mereka ada buat kesalahan pada zila ampunilah mereka. Pak haji pesan, zila juga perlu selalu memaafkan dosa semua orang yang telah buat zila sakit hati.
Azila: mak,terima kasih kerana sudi terima zila disini dan memberi tunjuk ajar pada zila. ....
Done for the day
Share this novel