Bab 17-Kenapa tak jawab call?

Others Completed 20348

Farisa memerhati dalam diam.. Dari jauh....
"kenapa lah nampak resah sangat boss aku ni. Mundar mandir macam orang mati bini jer.
Farisa: boss..... Kenapa?.
Azman berpaling ke arah PAnya.
Azman: azila x jawab call.
Farisa: tengahari ni, dia masak kot.
Azman: perlu ke off phone kalau nak memasak.
Farisa: entahlah boss, saya x kenal sangat azila tu, dengar cerita dari boss jer..
Azman: I nak balik hantar lunch untuk dia jap.
Farisa: boss ni kan... azila ni sepupu ke bakal surirumah. Farisa mengomel sendiri. Hampir sebulan, azman cuma bercakap tentang azila. Tentang bagaimana azila di rogol oleh pesakit H. I. V sehingga kini menanggung sakit yang paling ditakuti oleh orang ramai. Kemudian azila di halau dari kampung dan di bawa pulang ke rumah keluarga. Baru pagi ini farisa melihat wajah ceria Azman dan melayan azman berceloteh tentang kegembiraannya menerima kehadiran azila semula di rumah sewanya. Dan yang terbaharu... kegusaran azman bila azila tidak menerima panggilannya.hampir sebulan Azman cuma menyebut nama azila, Azman bercerita tentang, kesakitan azila, kegembiraan azila, kesedihan dan kecantikan azila. Farisa pernah membuat andaian bahawa boss nya itu sudah jatuh hati pada sepupunya sendiri, namun Azman menafikan sekeras kerasnya,

Azman : azila tu adik I.

Farisa: azila tu sepupu you, korang berdua boleh kahwin.

Farisa menghentikan lamunannya tentang Azman, masih banyak kerja aku perlu buat. Farisa juga bertindak sebagai kerani dan pengurus pemasaran supaya dapat gaji bulanan yang lebih.

Azman: ila..... Ila... Abang man ni.

Fauziah : abang..... Akak yang tinggal dalam rumah tu dah pergi dengan kereta. Ada sorang makcik datang sini, kakak tu panggil mak long.

Azman: dah lama ke kakak tu keluar?.

Fauziah : gee tengok jam masa tu kul 8..00 pagi.

Azman : terima kasih gee. Azman masuk ke dalam keretanya dan bertolak pulang ke rumah ibunya.

Azman: assalamualaikum mak..

Razilah: waalaikummussalam.

Azman: apa mak dah cakap dengan zila?

Razzilah: tak cakap apa lah.. mak cuma kata rumah tu rumah kamu dan mak tak Suka dia tinggal di situ.

Azman: mak.. Man dah cakap man nak tolong zila sebab dulu pak ngah banyak tolong man.

Razilah:kamu x faham hati mak man..., kamu masuk sekolah berasrama dari form 1 sampai form 6. Kemudian kamu ke University. Walaupun ayah kamu dah lama meninggal orang kampung tetap menghina mak hanya kerana mak isteri seorang penagih dadah, kemudian azila muncul dengan penyakitnya, mak juga yang terpaksa tanggung malu. Ayah ngah x kena caci walaupun itu anak dia, sebab dia cerdik..., awal² lagi dia dah keluar dari kampung.

Razilah: dia dah xde kan, x perlu fikir tentang dia lagi. Nah duit kamu.

Azman: duit apa banyak ni mak.

Raxilah: azila tu byk duit, dia simpan dlm kotak kasut, ini duit sewa rumah kamu tu.

Azman : mak duit dlm kotak kasut tu mak ngah bagi pada zila untuk mulakan hidup di tempat baru.

Razilah: tengok mak ngah dan ayah ngah kamu ada duit, bila kita mesej nak pinjam duit selalu bagi alasan xde duit. Tengok ni banyak kot duit mereka.
azman: duit ni duit Azila bagi bulan² pada mak ngah tapi mak ngah tak guna.

Razilah: anggap jer ni rezeki kita.
Azman: man tak nak guna duit tu. Sebab man bagi azila duduk rumah tu. Percuma, mak ambil duit tu mak la pakai, man tak nak.
Razilah: hehehe. Rezeki rezeki...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience