“Zuliza tu juga merupakan bekas penghuni rumah ni. Selepas tahu Balqis meninggal dunia, Zuliza terus sahaja meninggalkan rumah. Arwah Balqis tu meninggal pada hari sabtu. Jadi kami anggarkan, arwahlah yang selalu datang mengganggu kat sini. Sebab tulah kami tak berani tinggal kat sini tiap hujung minggu!”
Awarra mengerut dahi. Hairan dengan kisah pelik itu. Jadi apa yang tak kena?
“Jap, jap. Aku masih tak faham ni. Kalau dah namanya hantu, dia tak kira sabtu ke isnin ke, dia akan tetap mengganggu. Yang aku betul-betul tak faham apasal hujung minggu aje dia datang?”
Pertanyaan Awarra dijawab dengan seribu gelenggan. Masing-masing juga masih tidak dapat mencari jawapan pada persoalan itu.
“Okay gini. Sewaktu arwah tu meninggal, ada tak keluarganya datang menuntut semua barang-barang arwah?”
“Em, tak ada dan keluarga arwah hanya menyuruh kami sedekahkan segala barang-barang tu.” Jawab Qaseh. Awarra menganggukkan kepalanya berulang kali.
“Em, sewaktu arwah tu meninggal ada tak Zuliza datang menjenguk?”
Sekali lagi hanya gelenggan yang diberikan. “Rasanya tidak ada. Zuliza terus lesap sejak kejadian tu.”
Awarra tersenyum. Berulah dia faham maksud di sebalik kejadian itu. Sebenarnya arwah itu datang mahu menuntut sesuatu.
“Kalau aku tak salah, sebenarnya niat arwah tu baik. Cuma mungkin caranya sahaja yang salah. Lepas ni, kita kumpukan semua barang-barang arwah dan kita pulangkan semula kepada warisnya. Selepas itu, tugas kita adalah untuk mencari Zuliza. Diharap dengan cara ini arwah akan tenang dan segala kejadian aneh yang berlaku ini akan berakhir. Barangkali roh arwah tidak tenang di sana.
Share this novel
x kan xde sambungan dah