Awarra lantas menjongketkan bahunya. Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam bilik lantas meneruskan kerja yang tertangguh sebentar tadi. ‘Headphone’ yang dilepaskan tadi di sumbatkan semula ke telinga.
“Su, kalau kau lapar aku ada masakkan ayam goreng tu kat dapur. Macam aku tahu aje kau nak pulang malam ni. Makan ajelah kalau kau nak!” Jerit Awarra. Khalisa menyahut atau tak sudah tidak di pedulikan lagi kerana dia juga tidak mungkin mendengar memandangkan telinganya sudah di sumbatkan dengan ‘headphone’.
“Tukk… tukk…”
Ketukan di pintu bilik pada mulanya tidak singgah di telinga Awarra tapi semakin lama ketukan itu menjadi semakin kuat. Awarra segera menanggalkan headphone sebelum berpaling ke belakang. Ruang pintu itu kosong! Dia mengangkat kening.
“Su, kau ke tu? kau ya pun kalau nak buat aku takut biarlah pakai kaedah yang bernas sikit. Kau ni!” Gertak Awarra. Dia bersahaja menyumbatkan kembali headphone ke telinga sambil mencebikkan bibir penuh benci.
Beberapa minit kemudian, pintu bilik di ketuk semula tapi kali ini lebih kuat dari tadi. Awarra membiarkan sahaja tanpa berniat mahu berpaling.
“Kalau kau nak masuk, masuk ajelah su. Kau ni!”
Usai sahaja berkata, lampu tiba-tiba terpadam. Hujan yang sudah mahu reda tiba-tiba menjadi lebat semula disertai dengan kilat yang sambung menyambung. Awarra menjerit akibat terkejut. Mujur paparan cahaya dari skrin laptop memudahkan Awarra mencari lampu suluh yang sememangnya selalu dibawa untuk masa-masa kecemasan.
“Su, kau kat mana? Kau kat bilik ke? Keluarlah. Gelap ni!”
Awarra mula merungut lalu keluar dari bilik. Dia mengerut dahi untuk kesekian kalinya. Apasal pula lampu mati sedangkan kat luar tak blackout? Kenapa kat rumah aje blackout?”
Awarra berfikir sendiri sebelum menganggukkan kepala sebelum mengukirkan sengihan. Dia berpaling menuju ke arah suis utama elektrik di dalam rumah tersebut. Mungkin disebabkan kilat kuat tadi telah menyebabkan suis utama itu mengalami masalah.
Share this novel