“zzzzzttt”
Belum sempat Awarra bertindak, tiba-tiba jendela rumah terbuka luas lalu masuklah segala angin ke dalam rumah. Awarra mengeluh panjang sebelum melangkah ke arah jendela. Dia mengunci jendela rumah penuh geram. Time macam nilah masalah nak timbul! geram aku, Awarra mula merungut sendiri.
“zzzzzttt”
Jendela yang sudah dikunci rapat itu tiba-tiba terbuka semula. Awarra menepuk dahi. Dia menghentakkan kaki kuat ke lantai.
“Su, kau keluar kejap! Tolong tengokkan suis utama lampu kita tu! Gelap ni!” Panggil Awarra.
“Khalisa !” Jerit Awarra lantang apabila penggilannya langsung tidak terjawab. Dia kemudiannya cepat-cepat menutup semula jendela lalu melangkah ke bilik Khalisa dan Vivy.
“Su!”
Awarra menyuluh sekitar bilik kecil itu tetapi kelihatannya hanya kosong sahaja. Langsung tidak kelihatan Khalisa di dalam. Bilik itu juga tidak seperti di masuki seseorang. Beg pakaian suraya juga tidak kelihatan di mana. Awarra mula hairan.
“Su, kau kat mana?”
Ketika berpaling, Khalisa berdiri betul-betul di belakang dengan wajah menunduk. Awarra seraya menjerit nyaring. Bergema suara kecilnya beradu bunyi hujan yang semakin kuat. “Makkkkkk!” Dia spontan menutup wajah menggunakan tangan kirinya. Lama!
“Kau ni Su! Kau kemana aje, hah? gelap-gelap macam ni kau masih boleh merayap? Suis utama lampu kita tu ada masalah kot. Cuba kau tolong tengokkan. Aku rendah, belum tentu sampai kalau naik kerusi tu sekali pun!” Arah Awarra.
Share this novel