BAB 2

Thriller Completed 1689

“Yang tu katil kau. Tapi kongsi dengan Qaseh sekali. Qaseh dah duduk kat bawah jadi terpaksalah kau yang duduk kat atas.” Vivy terus memberikan maklumat. Mata Awarra cepat saja melilau memerhati ruang bilik tu. Bilik itu memuatkan dua buah katil bertingkat serta 4 buah almari kecil termasuklah sebuah meja yang kecil ukurannya.

“Ehh, yang kat atas tu tempat aku ke? Apasal banyak barang?” Tanya Awarra hairan. Macam mana nak tidur kalau kat katil tu penuh barang?

“Oh, mereka sengaja simpan barang-barang kat situ. Maklumlah sejak dua semester yang lepas katil tu langsung tak ada yang duduk. Tak apalah. Nanti kita turunkan aje barang-barang tu, lepas ni kau bolehlah guna.” Jawab Vivy lalu mula memainkan peranan. Ternyata dia seorang gadis yang agresif. Tanpa menunggu jawapan dari Awarra, dia lipas kudung menurunkan segala barangan di atas katil tersebut. Awarra hanya menjongketkan bahu sebelum menghulurkan bantuan. Mereka mula berkerja sambil berborak kosong. Sikap Vivy yang mesra alam tidak memberikan masalah pada Awarra untuk menjalani hubungan baik dengan rakan serumahnya itu.

Hari terus berlalu, hubungan Awarra dengan rakan serumahnya semakin mesra. Walaupun mereka semua berlainan fakulti, tapi hubungan mereka tetap baik. Masing-masing menunjukkan sikap mampu bertolak ansur antara satu dengan yang lain.

“Awarra, nanti hujung minggu kau balik tak?” Tanya Qaseh tiba-tiba. Ketika itu mereka sedang berkumpul di ruang tamu sambil membuka cerita antara satu dengan yang lain. Awarra lantas menjongketkan bahunya cuma.

“Tak tahu lagi la Qas… Rasanya aku tak dapat nak balik setiap hujung minggu sebab kampung aku jauh dari sini. Kalau cuti mungkin aku balik juga.” Jawab Awarra bersahaja. Qaseh dan yang lain mula berbalas pandang.

“Jadi takkan kau nak duduk aje kat ni?” Ujar Maiya pantas. Yang lain hanya menganggukkan kepala menyokong penuh pada pertanyaan rakan mereka itu.

“Apasal? Dah memang faktor utama kita duduk kat asrama sebab tak dapat ulang alik kan? Takkan korang suruh aku pulang kot? Bukan korang tak tahu aku kalau nak pulang kampung boleh sehari jawabnya.” Tanya Awarra hairan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience