“Tak lah macam tu sekali sebab kami semua memang tiap hujung minggu akan kosongkan asrama ni. Pulang kampung katakan. Tak pernah kami duduk kat sini tiap hujung minggu.” Terang Sara jujur.
“Tiap minggu? Larat ke?”
“Apa yang tak larat Awarra. Lagipun kita semua ni kan tinggal kat area sini juga. Kalau tak, duduk dengan saudara terdekat. Kami saja je duduk asrama untuk memudahkan pergi balik ke kolej tiap hari. Tak lah menyusahkan keluarga sangat. Kau tak ada saudara kat sini ke?”
“Em, tak ada. Kalau adapun tak berapa dekat sangat. Lagipun aku nak belajar berdikiari. Tak nak menyusahkan mereka.”
“Kau nak tak ikut kita-kita pulang tiap hujung minggu?”
“Apasal?”
“Tak adalah. Takut tinggalkan kau seorang kat sini.”
“Takut apanya?”
“Ehh, tak adalah. kot-kot kau tak biasa ke, takut ke gitu…..”
“Tak apalah. Bukan aku tak biasa pun.” Awarra menjawab tanpa mencurigai sesuatu. Desakan demi desakan rakan-rakannya untuk mengosongkan asrama tiap hujung minggu langsung tidak menarik perhatiannya. Kan target utama aku nak dapatkan perkhidmatan asrama ni sebab tak ada tempat tinggal terdekat. Nak balik kampung? Tak ke payah tu. Menyusahkan diri adalah!
“Tak pelah Awarra. Kalau gitu kau hati-hati ajelah. Kami memang tak boleh temankan kau kat sini tiap hujung minggu. Tapi tanya sikit Wa, kau tak takut ke ek?”
Awarra tergelak. Terasa kelakar dengan pertanyaan seperti itu. Dia memandang tiap satu persatu rakan serumahnya itu. Masing-masing sudah menarik muncung.
“Korang ni. Tak ada soalan lain ke? Asyik nak tanya soalan tu aje. Nak takut apanya? Kalau rumah kita ni terpacak kat hutan ke apa ke ada rasional sikit nak takut. Ini tak. Jiran kita kat luar kan ramai?” Awarra menjawab sambil lewa. Dia mengangkat kening, cuba mencari jawapan di sebalik pertanyaan yang di ajukan kepadanya.
Share this novel